Wednesday, March 31, 2010

Transparent Canopy

Dambakan ini di hari nikah atau resepsi anda?


Picture credit to: NSJ Event

You can get this transparent canopy from Accer Event dengan harga cuma RM450. Whee!!! Contact Accer Event - sesiapa jua mampu, kata tag line nyer lah. Hehe.

Malam nikah nanti I berangan nak ada canopy macam ni. Haha. Harap lah parents agree. Heh. Berangan lah kamu selagi boleh yer. Ngee.



Episod terjah bridal house di Senawang

Ini pengalaman saya melawat bridal di area rumah saya. Overall, PR sangat bagus. Rata-rata sanggup ikut apa I nak. Dan quote harga yang agak reasonable for mini dais. Bridal di area senawang, N9. Dan ini saya ambil sebagai rujukan sebagai mini pelamin yang saya mahu. Cukup tabir belakang, pomander flower yang besar di kiri dan kanan, stage, dan kerusi berdua itu.


Credit to: Zalfie Zainal Creation


1) Shazie Collection

Butik lawa. PR bagus. Terus tunjukkan semua album yang berkenaan. Makeup okla.. Guna kryolan dan Mac. If nak trial make-up die charge RM150. Make-up rate tak ingat la berapa RM. Hehe.

Pakej untuk perkahwinan dari RM1200 - 2700++. Barang pon banyak. They can cater what we want. They do have pelamin panel tu. Baru katanya. Baru sekali guna. Haha. Takde gambar nak tengok. Dalam album banyak pelamin yang lama-lama. Yang kerawang bagai dan kain leret-leret. Eww, not to my liking. Haha.

Untuk pelamin mini, price starts from RM350. This want of course la yang tak de panel. Tanpa kerusi. Kain leret-leret ke kiri ke kanan tuh. Kalau mahu mini pelamin yang punya kerusi, they charge me RM700. Seperti pelamin Zalfie Zainal, RM700. Boleh diberi kepercayaan untuk mendeco pelamin.

Baju pengantin banyak pilihan. Tapi semuanya jenis yang ala kebaya la kan. Macam baju pengantin kat butik-butik lain. Kalau sewa baju sahaja dalam RM850 untuk french lace. Kalau songket cuma RM500. Kalau buat baru tambah lagi RM500 for both french lace and songket.

2) Andaman Pesona Anggun (Kak Ani)

Butik biasa aja. PR bagus. Siap offer nak buat pelamin dalam majalah Ratu Sehari. Pelamin dari Precious Moments Collection, die quote for only RM400. Nak kerusi bagai, no additional charge. Pelamin mini = RM400. So, pelamin dari Zalfie Zainal di atas pon, masih RM400. Tak lokek untuk berkongsi idea dan menerima apa sahaja dari idea saya. Which is bagus. Hehe.

Pelamin panel tak de tak silap. Masih banyak yang kerawang-kerawang. Kerusi gedabak ala Mawi-Ekin tak de. Pilihan kerusi tak berapa banyak. Tak tahu sama ada sanggup invest untuk beli kerusi yang I nak ke tak. Huhu. But, still ada kerusi 2 seater yang okkk laa.. Nak demand tinggi pon tak boleh. RM400 je kan. Heh.

3) Ruzsha Bridal

Butik ok. PR pon bagus. Entertain saya dengan baik sekali. Siap tarikkan kerusi untuk saya. Dan terus show pelamin mini terbaru katanya.. Haha. Which is not to my liking. I tunjuk pic yang I bawak. Boleh buat, dalam RM350 to RM400. Ok, suka.

Banyak pilihan kerusi jenis 2 seater. I suke. Siap offer kerusi baru warna putih kalau i nak. Wahaha. On the way, katanya. And then, i tanya, pernah tak gubah bunga jenis bulat-bulat macam ni (as in the picture above). Dia kata ada, tapi gambar tak cuci la. Dalam laptop. Laptop tak bawak. Ok, fine..... Next time datang appointment, boleh tunjuk. WTH. Haha. So far, I suka butik ni dari yang sebelumnya. Sebab boleh sediakan apa yang I nak. Itu penting. Huhu. Maybe akan buat 2nd appointment dengan yang ini. Heret mak sekali. Heh.

4) Azue Bridal

Butik sangat cantek. Pelamin biasa-biasa aja. Price agak mahal. Maybe sebab biasa masuk majalah pengantin kan. Hehe. Makeup sangat cantek. Dalam gambar memang lawa-lawa. RM450 kalau nak makeup sahaja. Kalau i tau, i amek di sini aje. Heh. Itulah, tak survey lagi. Tapi, takpela jugak, sebab date I dah fully booked. Ahaha. Laku betul Azue Bridal ni. Hehe. Baju cantek. Tapi banyak jugak yang torn. Hihi. I belek satu-satu ok. Dari kain, ke manik-manik I belek. Dah terkeluar benang la, dah koyak sikit-sikit la, manik ada yang jarang la. Hehehe. Tapi, semuanya banyak yang design ala kebaya tuh la. Macam biasa pengantin-pengantin pakai. Takde yang jenis ala Man Kajang. Assistant tak berpengalaman sangat. Bila tanya, semua kata tak pasti la, tak tahu la. WTH. Asek nak call boss je. Tengah tanya-tanya pon dok tekan hp nak call boss. Sampai I cakap, takpe, takpe, saya datang nak tengok-tengok aje. Hihi. Nak quote harga pelamin pon tak berani. Huhu.

5) Dina Collections

Bagus PR nya. Senyum sebelum buka pintu lagi. Huhu. Tapi, satu habuk pon tak tahu. Tentang makeup aje tau. RM600. Tak de la cantek mana pon. Dok canang la makeup kami standard make-up artist. Fine,fine. Ahaha. Pelamin dari RM1500 - RM10000. Bila tunjuk contoh pelamin, gambar nya rata-rata diciplak dari internet. WTH! Dari Zalfie Zainal la, Wedding Galore la, banyak la lagi.. Memang biasa dah tengok-tengok pelamin dari mereka. Tak de pelamin buatan sendiri ke hape. WTH. Baju pon tak banyak.. Tapi lawa-lawa la baju-bajunya. Butik ni sekali dengan butik perkahwinan dan butik jual baju. WTH lagi. Mula-mula masuk, I confuse kejap. Ni kedai baju ke bridal house. Ahaha. Dari luaran lawa betul kedainya. Huhu. No-no untuk saya butik ini. Hehe.

6) Citra Classic Bridal

PR bagus. Zety yang peramah. Hihi. Kerusi pelamin 2 seater banyak pilihan. Punya juga pelamin berpanel tuh. Boleh buat juga bunga bula-bulat tuh. Bila tunjuk gambar seperti di atas, die quote RM500. Dalam album, pelamin biasa-biasa aja la. Kerawang macam tuh la. Haha. Tapi, memang ada pelamin panel. Dekat showroom die, die tunjuk. Hehe. Dan die pun tahu yang bunga bulat-bulat ini adalah tengah in sekarang. Ok, at least die tahu perkembangan dunia pelamin. Haha. 2nd appointment to follow.

So, overall, i terjah sana sini, semuanya i tak yakin untuk hire mereka. Haha. Tapi, memandangkan harga yang murah, dan at least they can cater what i need and want, boleh la dipertimbangkan. Haha. Tunang je pon kan.. Tak perlu la nak jadi bridezilla lagi. Huhu.

Tetiba rasa I nak bukak butik perkahwinan plak kat Senawang ni. Mimpi ajela. Nak buat bunga stokin pon terkial-kial. Heh.


Tuesday, March 30, 2010

Ganti kepada bunga segar

Tak I nafikan penggunaan fresh flowers memang cantek untuk menghiasi dulang hantaran. Tapi, since I'm in Seremban, it's quite difficult to bring back those flowers from Floriska Bangsar 3 days before the ceremony. Nak beli di tempat yang murah aje I ni. Haha. Nanti tiba hari yang dinanti, bunga dah layu sebelum berkembang. Harruu!

Jadi, I mengambil inisiatif untuk menggunakan bunga stokin as bunga dulang nanti. Some more, nak cut cost. Ha-ha. Ini adalah pengalaman pertama buat bunga stokin. Jadi, I tak tahu jadi ke tak nanti. Kalau tak jadi, harus pergi gegar kedai nyonya jual fresh flowers dan gubah malam sebelum majlis. Hurmm, sebenarnya nak elak dari banyak tangan masuk campur. Tihihi. Nanti, semua orang sebok nak buat hantaran guwe, dah jadi tak seragam nanti. Cheyh, kedepan sungguh berfikir. Heh.

So, research done. Dig into Youtube, and found this vid. Layannn:





Tengok vid tak berapa nak susah. Hoho. Harap menjadi lah nanti. Dan beberapa gambar diambil sebagai rujukan nanti. Huhu.

Kalau tak menjadi, harus ubah ke Plan B, iaitu penggunaan bunga kristal. Tengok memang mudah. Camtum kan aja kelopaknya. Tak tahu tahap kesukaran nya tahap mana. Hoho. Nanti cuba yer. =)

Sebenarnya, idea timbul apabila selak majalah pengantin edisi April 2010. Cun betul nampak. Hee. Ini, saya scan. Bunga dulang adalah dari penggunaan bunga stokin dan bunga kristal. Hee.






Sunday, March 28, 2010

Pelamin bertunang Dr.SMS



I email D*ranta Aven*e tanya berapa pelamin macam ni.
Nak tau berapa die quote?
RM2000.
Gile. I tak mampu untuk bazirkan duit I semata untuk pelamin tunang macam ni.
Bisa cari lain lagi.
Sungguh la.. harga tak masuk akal. Ha-ha.
Tanpa panel, cecah sampai RM2000?
Gella!




Who to invite?

Deciding on the guest list is tricky. Especially yang kene limitkan number of guest to the wedding. Flipping through my magazine, i found this formula. Try this formula for anyone that you're not certain about. Maybe might help you. To invite or not, to invite or not.. Nah, here..i would like to share this formula with you:


*click for larger image*
Source: UK Brides magazine (July/August 2009)


P/s: Anyone nak recommend vendor for cupcake tak? Bercadang untuk memberi cupcake sebagai hadiah pintu. Hehe. Thanks.


Thursday, March 25, 2010

Photographer: Deposit paid!

Hari tuh kan I pening perihal jurugambar kan. I took almost more than a week emel sana sini tanya pakej sana sini. Ada yang baik hati respond cepat, ada jugak yang tak respond langsung. Ada jugak yang berbahasa dengan client tak dijaga. I pangkah terus. Nak eliminate bukan senang. Actually ada dua yang di shorlisted kan. Tapi.. nanti kite sambung yer. Heh. Dan akhirnya, saya bertemu juga dengan pilihan hati.

Saya tak tahu menilai gambar itu cantik atau tidak. Dari mata saya, as long as mereka tak buat major editting, sampai kadang2 garisan hidung pon hilang, itu i kate, nah..ini too much editting. Tak cantek! Orang tau ini editting! Nampak flawless wajah, itu i kata cantek! Sebab, bukankah editting seharusnya meng-enhance the photo. Bukan kasi muka kita nampak macam alien. Macam contoh i cakapla, hilang garisan hidung. Hilang garisan tulang pipi. Owh, itu alien sungguh. Jadi, inilah sebabnya, I pilih mereka. Hihi. Soft je editting. Asal tak nampak muka kite menggerutu sudah. Haha.






Semuanya dari PhotoFr3ak!!!!!

Kali ni I baik hati bagitahu siapa sebab entry tailor mana i buat baju tuh i dah rahsiakan, jadi ni I tak main dah teke-teke. Hihihi. Kadang hati macam, ala,kesiannye korang nak tau..Nak kene bagitaula.. Tapi takut dan segan amat. Hihi. Seorang yang biasa aja. =) Bukan Rizman Ruzaini pon. Ok.Cut.

They offer me sungguh la dengan harga yang MasyaAllah, sungguh mampu milik.
Apa yang I dapat?
Nah, here:

1 Sticky album yang dibalut dengan mokeup luar bersaiz 13x13 inci

110 keping gambar saiz 4R

3 keping gambar saiz 8RW

1 salinan DVD mengandungi semua gambar foto asal


Ops, diorang pon ada custom album jugak. Cuma as for now, I amek sticky ajela dulu. Later, if I want to upgrade, then bisa aja kata mereka. hehe. Budget kene finalise balik since my partner nak gifts sebanyak 9 dulang. Hehe


Lagi, lagi, what they offer?


A free outdoor!!!!

WHEEEEE!!!! Jumping*Jumping
Ha-ha.

Semuanya, including outstation charges cuma RMxxx.
Serious, harga sangat best.

Sampai I emel balik tanya, transportation charges berapa?
Ha-ha.

The other one yang i shorlisted tu, kekwat. Cover cuma 2-3hours.
Lepas tuh ada charge for extra hours.
Makeup pon do take almost 2hours kan.
Lagi nak bincang-bincang.
Nak makan-makan lagi.
Nak gambar dengan family lagi.
Takde outdoor pulak tuh.
Kena tambah lagi kalau nak outdoor pulak tuh.
Sah-sah mana cukup 3 jam.


Beza cuma RM50 aje, tapi sebab PhotoFr3ak offer lagi bagus dan PR sangat bagus, terus I tanya account bank ape yer, nak deposit duet. Ha-ha. Yang paling bestnyer, deposit cuma RM100.
Bagus betul, sebab bulan ni memang bulan untuk bayar deposit vendor aje kalau tengok Gantt Chart I dulu. Hehee. Jadi apa lagi, if u have a tight budget for ur E-day like me, Haha, sila lah emel them for quotation. Serius, u terus teruja nak berkenalan dengan lebih lanjut. Lepas satu emel berbalas satu. Dan mereka juga offer untuk lihat album semua. InsyaAllah, akan pergi tengok album mereka nanti. Adik I sangat busy dengan exam memanjang kat UIA. Haish. InsyaAllah, will meet them jugak nanti before my E-day. Nak cerita-cerita, hehe.

So, apalagi. Emel them cepat! Hee
Or else, boleh emel saya.
Saya akan entertain kamu untuk kasi contact number semua. Hee





Wednesday, March 24, 2010

Anugerah Terhormat

Comel la kamu semua... Hihi. Rasa diri ini begitu berharga. Cheyh, takde pasal. Anyway, a big Thank You to Xora, Faradiba, , Mazni Puteri, zLa dan Iqa!!! Sebab mereka menganugerahkan award ini kepada saya!! Teruja betul saya... Hihi. Jom tengok award apakah itu...:

.
.
.
.
.
.
.
.


Cheyh, saja nak suruh korang scroll lebih. Notty cik belle ni eyh. Haish. Tihihi.



According to them, I have to pass this award to other 20 bloggers yang lain yang mana I rasa mereka punya blog yang menarik, penuh info, atau apa sahaja sebabnya. 20 orang je? Ala.. kenapa tidak kepada semua pembaca tegar blog saya? Follower pon lebih dari 20 orang kan? This is hard to choose. Takpe, kita cuba ok. =) Saya nak kasi pada yang belum dapat award ni yer. Jadi, kita boleh sama-sama kongsi excitement rasa diri ini dihargai! Tihihi.



♥LAYLA RAHMAN ♥
ReLyZa
w.a.n.n.o.r.f.a.d.z.l.i.n.a
Durruz


ShalinzZ85
bitsANDpieces



faratul
lynda
ElyaElmo
cik yaya





Fuhh, akhirnya dapat jugak tag 20 bloggers. Harap korang sudilah terima yer. Hihi. Selamat berblogging! Rajen-rajen tulis blog yer. Hihi


Debaran baju tunang-ku

Hari Isnin yang lepas, I p discuss pasal baju tunang I. Nak tau which tailor I go? Hehe. Boleh tak I nak cakap rahsia? Kite rahsia-rahsia dulu la eyh. Ha ha, jahat eyh I. Ada yang beremail dengan I, then mereka-mereka ini tahu dengan siapa I buat baju. Harap takde yang bocorkan siapa kah tailor baju I. Haha.

Mesti korang nak tau design nyer macam mana kan? Simple aje. Takde ape yang extravaganza pon. Biasa sangat.. Well, I ada snap sketching dress tuh, tapi, kalau i letak nanti tak surprise la kan? Haha. Lagi skali, I ni jahat eyh? Haha. Okla, Okla, kite main guessing-guessing nak? Haha.

Basically, baju I campuran design-design baju di bawah ini:



Tihihi. Die sketch 2 design baju, tapi hati i lebih kepada 1st design. Seriously, 80% like what i imagine how i want my E-dress would be. I bring those design yang i suke, tunjuk kat die, then die lukis-lukis, discuss ini itu, potong itu ini, then taraa.. i cakap i nak yang 1st sketch. Sebab 2nd dress tuh, designnye gune puff sleeve, no, tak sesuai dgn i, sebab nampak i temokk. haha. i tau tgh in, tapi dengan i memang tak kene betul design tuh. Orang lain pakai nampak cantek je.. So, u kene tau what's best for u. Tak semestinya cantek pada orang, cantek juga pada kita. Hehe. Tepuk dada tanya selera. Hihi.

Dan Alhamdulillah, semuanya termasuk workmanship dan beading die quote RMxxx. Takde ribu-ribu punya. Haha. Somemore, i pujuk-pujuk dapat discount dan potong almost RMxxx. Haha. I suruh die beli kain sekali, so 5m chiffon+4m lining, still total is RMxxx.



Ok, tang kain bajunya nanti, i manage to grab something like kain unaisah tuh. die tunjuk 2 design kain, seriously, 2-2 pon cantek. Tapi, hati i kuat kata, please,amek kain macam unaisah tuh. So i cakap, i nak macam ni, kain macam ni. Haha. Oh my, seriously, sangat flowy. I siap berangan, time turun tangga, mesti kain cantek beralun. Haha. Berangan mode ON ya. Haha.

My 1st fitting would be somewhere in May. Berdebar sangat. Takpela, i percaya pada die, harap die dapat buat yang terbaik untuk baju i. Sangat-sangat berdebar. Sigh. Now, i faham macam mana perasaan kalian bila hantar kain pada mereka yang dipertanggungjawabkan untuk meghasilkan baju kita. Gulp.

Some tips to share:

1) Sila bawa apa sahaja design yang u suka. Tunjuk pada mereka. At least, they know what's in ur mind. Design yang gi mana yang kamu mahu. Sometimes, kita tak tahu ape term yang diguna pakai dalam fashion line, jadi inilah masa nya, u tunjuk dan cakap, i nak kain yang macam ni, i nak leher yang macam ni, yada..yada.. Print atau gunting atau bawa saja ur wedding journal. Please show to them. Jangan datang, serah bualat-bulat pada mereka. This is your DAY!, bukan mereka!

2) At least, before tuh, sketch ur dream baju. Lukis je walau tak cantek. Haha. Sekurang-kurangnya, u tahu apa u nak untuk dress u nanti. Jangan takut kalau design tuh tak sesuai untuk u ke ape. Nanti dah sampai still u boleh discuss, kann.. Psst, tak perlu tunjuk design yang u lukis tuh, cuma tunjuk apa contoh gambar yang u maksudkan. Hehe.

3) Mereka tentu akan tanya berapa budget u. Please, please, please, jangan cakap budget u yang sebenar. Bagitau budget u yang serendah mungkin. Mungkin boleh cakap, between this to this. Sebab, they tend to naikkan sedikit harga dari berapa yang u quote tuh. Hehe. Jangan lupa, mintak kurang lagi. Ha-ha. Dia akan kurangkan. Percayalah. Ha-ha. Sila buat muka kesian, tersandar kat kerusi ke hapa. Berlakon la sikit. Ha-ha. Mereka tetap akan buat baju kita, rugilah kalau die tak nak amek tempahan kita, betul tak? Dah rugi seorang customer. Huhu.

4) Kalau korang nak mereka belikan kain untuk kita, please survey dulu harga kain tuh kat kedai kain, sebab takut mereka charge lebih. Mereka sebenarnya boleh dapat harga murah lagi dari kita. Jadi, bila die quote harga kain, at least korang tau betul ke tak harga yang diberi. Kalau diorang quote harga lebih tinggi, nego please. Kalau die taknak kurang jgk harga kain tuh, u boleh pergi beli sendiri je kan. Hehe. Jadi, jangan tertipu dengan harga kain ye dari mereka! =)

5) Jangan takut untuk berkata tidak pada design yang u tak suke. Jangan takut untuk berkata, saya tak nak yang macam ni. Saya nak yang macam ni. Remember, it is your baju, bukan mereka!

5) Sebelum beredar, tanya bila 1st fitting, payment nye nanti macam mana. Jangan lupa amek resit once da bayar deposit yer. =) Selepasnya, keluar rumah, bertawakkal lah yer perihal baju tuh nanti. Ha-ha. Cuak, cuak.

I rasa ni je kot tips yang I dapat kongsi. Kalau ada lagi, nanti i bitau lagi yer. Hihi.





Monday, March 22, 2010

Bukan senang nak jawab nieh...

Sebab kena tag oleh Nasyrah Naim dan Zainur, maka wujudlah entry ini. Lebih kepada sesi berkenalan dengan Cik Belle dan pasangan Cik Belle. Ngee.


1) Siapakah diri anda di rumah?
- Seorang kakak yang selalu dibuli oleh adik-adiknya. Dari cuci pinggan, mop lantai, masak hidangan, jemur baju, semuanya lah.. kakak yang buat. Hadoi. Al-kisah seorang kakak bersama 3 orang adik lelaki. Sedey tak?

2) Siapakah diri anda disamping rakan?
- Teman makan, teman gossip, teman shopping, teman duka-lara, teman gelak-gelak, a driver, teman teater bersama, a banker - eyh ni bukan. Ha-ha. Segalanya aku untuk mu lah, pendek kata. Heh.

3) 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
- A bungalow with a swimming pool. Tercapai tak agak-agak eyh? Heh. Dalam mimpi boleh la kot eyh.
- Mahu ada title Dr. sebelum nama saya boleh? Hihi. InsyaAllah.
- Mahu katil putih itu
- Mahu punya BMW
- Mahu punya designer handbag, at least satu pon cukupla. Hehe.

4.Siapakah nama pasangan anda?
- Nama manja, Amin. Hahaha. Tak boleh bagitau nama penuh, bahaya. Tihihi.

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
- Seorang yang tenang
- Bertanggungjawab
- Pandai hormat orang tua
- Teman suka-duka saya
- A loving person, sangat memahami, a mind-reader, haha,

6.Bila tarikh anda couple?
- 12 November 1999

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
- Bila cermin kereta kena pecah oleh pencuri tak guna. Dahla sengkek time tuh, nak kene repair cermin pulak. Parents tak tahu sampai sekarang. =| Oh, saya berkongsi rahsia bersama anda. How, lucky!

8.Lagu tema cinta anda?
- Bukan cinta biasa by Afgan

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
- Takde kot.

10.Tag 10 rakan anda yang lain

Pilih secara random, dan kita lihat siapa yang kena.. Hihi. Sila buat entry khas yer. Heh

- Atiqah Mutaza
- missbutterfly
- Durruz
- sk
- faradiba
- A W E E N N Y E
- Xora
- faratul
- elyina
- ZLA

Sekian sahaja.

Entry seterusnya nak hapdet pasal 'meet the designer session' dan 'of my official photographer'. Hihihi.


Friday, March 19, 2010

Dulang hantaran

Picture credit to: Azizi Lee

Dulang hantaran dia cantek kan? Ada crystal-like juntai-juntai tuh. I suke.
Masalahnye, mana I nak cari nieh?
Korang pernah nampak tak?

Dulu kata nak pumpkin carriage tuh.
Sekarang nak yang ni pula.
Macam-macam la kamu.

Bukan, bukan, kita kan kena ada Plan B.
Haha. Alasan semata.
Padahal, dah berkenan dengan yang ini.

Takpela, kalau tak jumpa yang crystal-like ni, harus la redha.
Hari tu kat Nilai 3, ada promosi pumpkin carriage ni.
Buy 1 Free 1.
Nanti nak jalan-jalan kat mall sebelah Semua House tuhla.
Hee. Berjalan suka.




Thursday, March 18, 2010

Let's talk about...

WEDDING!!!!!



Here are the details:

Venue: Daisy Hall, THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
Date: 27th March 2010
Time: 2pm-6pm
Price: RM25nett
Person-in-charge: Diah, Amy, Anil, Ann, Dytia, and Cik Abby.

I bet, this will be super fun!!!!
Cepat register your name kat Diah sekarang juga!

More info, please click here and here.

InsyaAllah, I will be there too kalau sempat. Sebab, I ada Test II pagi tu. Kalau bernasib baik lecturer postpone my class, I akan berada di sana juga!! Doakan kelas I cancel petang tu. Tihihi.

Apa lagi, cepat emel diah to RSVP sekarang juga: malaygirl83@gmail.com




Tuesday, March 16, 2010

Photographer Issue

Bukan senang nak cari photog yang berkenan di hati. Bukan ape, sebab majlis akan diadakan dalam minggu cuti sekolah kan, mestilah kamu, kamu, kamu semua dah booked awal2.. slot pon dah penuh. Sobs. Inilah antara satu sebab kenapa saya tak suke majlis diadakan pada minggu cuti sekolah. Tapi, haruslah mendengar dari semua pihak, dan seterusnya setuju aje dengan semua pihak walaupun dalam hati, hmmm. Tak kan ada yang nak layan punya. Haha.


Apa melalut. Straight to the point terus senang. I minat dengan salah seorang ahli CS nih. Nama adalah dirahsiakan. Nanti tak surprise la kan. Hah-hah-hah-. So, da bermessage dengan die thru fb, dan alih-alih die minta num fon saya untuk call bile sesenang nanti. Big problem sebab saya tak pernah berdiskusi dengan mane-mane vendor melalui phone call. Saya kan pemalu. Nanti berdebar. Cakap gugup-gagap macam mana. Ha-ha.


Memang ada ye yang suka berdiskusi melalui phone call?
Perlu atau tak saya beri num fon?
Sesiapa pernah deal with CS team?


Monday, March 15, 2010

Promo: Rumah Kebaya

Saje nak tolong promo tentang Rumah Kebaya. Rumah Kebaya sekarang sedang adakan promosi untuk 5 hari sahaja! 5 hari je tau, bukan 5 minggu atau 5 bulan. Bukan! Dari 15Mac2010 - 20Mac2010. Mari tengok iklan dari Rumah Kebaya:


Menawarkan harga paling rendah starting from RM450 untuk sepasang lelaki dan perempuan. Hui, berbaloi. Jadi, apa lagi, sila buat appointment sekarang. Limited to 10 orang terawal sahaja.

Ada T&C. Click here: Rumah Kebaya

Sesiapa rasa memang berminat dengan baju dari Rumah Kebaya, sila lah buat appoinment. Hihi. My fav dari Rumah Kebaya:

Baju Anil. Hihi.



Kerana terpikat..

Make-up pertunangan Aida (Gadis Melayu)

Credit to: seindahwajah.com

At first, I nak hire Lova Cinta to makeup me on my E-day. Tapi, disebabkan die dah dibooked, haruslah saya mencari pilihan lain. Sobs.

Kerana terpikat pada Make-up pertunangan Aida, I rasa I nak hire team seindahwajah untuk mekapkan I pada majlis pertunangan I. I dah emel for quotation. Date masih available, dan rate pon ok. Inilah yang paling saya takut dan paling utama. Nanti photographer nak capture muka kite banyak-banyak.

Arghhh. Takutnya.
Betul ke pilihan hati ini?
Dup dap.


Sunday, March 14, 2010

Update tentang PP 2010

Ya Ampun!! Lambat betul nak update tentang ni. Niatnye nak share dengan semua, tapi tak sempat nak update. Sob2. Takpela, kite cerita-cerita jela kat sini yer.

Petang Jumaat I jejak PWTC. Ya Ampun!! Ramai giler orang ke Matta Fair. Tapi I terus ke PP, level 4. Tak berapa ramai orang. Jadi, senang untuk berdiskusi dan mereka pon semangat untuk terang itu ini.

Booth pertama i lawat, booth kad kawen. Saje je tanya-tanya tentang hardcover. Haha.


Yang ini dari Vision Greetings - True Love . Harga yang paling kanan, dalam 1000pcs, die boleh kasi RM3++ sekeping. Cantek kadnyer. Pandang kali pertama terus jatuh cinta. Harga? Kite survey lagi la ye. =)


Yang ni pun dari Vision Greetings jugak. For 1000pcs, die quote RM4++ sebab besar. Hui, xmampu. haha.



Next, I jalan-jalan ke booth Dios Astana Bridal. Bekas tembaga ni, cuma RM6 sahaja. Clearance stock katanya. Normal price ialah RM28 untuk 30unit ke atas. Berbaloi2. Tapi, ialah RM6 untuk doorgift sahaja. Erk. Mahal jugak yer. Tihihi.

Next, pelamin cantek ni dari DinaHalim. Cantek sangat. Sesuai la untuk dewan yang besar kan. Contact DinaHalim untuk lebih lanjut. I adala simpan brochure dari DinaHalim.Tapi, harga untuk masa exhibition ajela. Hehe. Tak boleh nak letak sini, takut team DinaHalim marah sat lagi. Hehe.
Ini dari Rita Collections. Baju-baju cantek. Banyak kebaya style indo-indo sane. Pelamin ni actually 3 panel. Tapi, camera i tak mampu nak capture penuh-penuh. Haha. Ambil serpih2 jela. Kalau ambil pakej agak murah dari ambil pelamin sahaja. Tapi, sofa 3-seater untuk pelamin? Macam tak sesuai ek.

Ini cantek. Dan banyak-banyak booth, ini yang paling murah untuk hardcover card. For 1000pcs, die quote dari Rm2.30. Depends on design, and they can cater according to ur budget. Ada jugak hardcover less than RM2, tapi xcantek.. Huhu. Price die semuanya include envelope. And no hidden charge da. Haha. Macam kalau nak print untuk both side in 1 card, kene tambah wang lagi ke, untuk artwork kene charge lagi ke, semuanya da include dalam harga yang die quote tuh. PR service sangat bagus. Can check here: Classic Vision

Kan I cakap, i nak cari pelamin decorater kan. Tak berapa banyak pilihan dan mahal jugak. Ada yang murah. Dari RM650 untuk artificial. Cuma tambah RM150 aje lagi untuk fresh flowers. So I put them in my list. Nak survey area Seremban dulu. Sebab kalau boleh, nak minima-kan transportation charges tuh. Hehe. Ada yang quote RM800 semata untuk transportation charges. WTH. Macam dah boleh sponsor pelamin untuk orang lain pulak. Haha.

Lepas tuh, I jumpa LovaCinta. MashaAllah... cantek sangat make-up2 die. Harga pun within my budget. I memang tertarik betul la. Terus tanya date sekian-sekian masih free ke tak. Sobs, sedih dah ade orang booked die. Terus rasa macam nak tukar date. Haha. But no,no,no,no.. Sigh..

Then, I jumpa ini: 99 Nama Allah. Hardcover. Kecil comel. Warna pelbagai. Free emboss nama pengantin. Harga untuk 1000pcs above, RM2.50. Kalau 500pcs above, RM2.80. Below than that, I tak sure. Boleh lawat mereka di:

Lot 3.29, Tkt 3, Pertama Complex
Jalan TAR.

Simple deco dengan ribbon atau letak dalam uncang organza pon dah lawa. Optional untuk Yasin as doorgift. Kerna terpikat, i beli satu. RM5. Hihi.

Photographer package pun ramai. Senang kalau datang PP, boleh terus tengok mereka punye finishing product. Ada yang menarek, ada yang none ado. Haha. Boleh nego harga lagi. Tapi, rata-rata harga RM1k atas. Sebab provide custom-made album. Hihi.

Maaf, terlewat betul update tentang ini. Sebok sebabnya, hari sabtu, 2 jemputan wedding, hari ahad, hari saya dirisik!!! haha. Debar-debar, panic tak henggat. Semuanya jadi tak tentu arah. Haish.. Will save the story untuk saya sahaja. Tettt. Hihi. Okla, tunjuk bekas cincin je aci tak? Heh. Okla, okla. Tunjuk sebelah tangan.


Tihihi. Maaf yer. Jangan ngamuk. Hehe. Kan i da bitau, i pemalu orangnyer. Hehe.
Peace!



Mari tolong saya buat pilihan.


Ok pening lagi.

Wahaha.
Kesian korang kena layan pening-pening saya hari ini.
This week done with all tests, jadi next week adalah hari untuk bertemu designer/tailor.

Kamu vote siapa?

Qudyn: Kenal dia dari CikYaya. Chey, kenal tuh. Nolah, di-introduce oleh Cik Yaya. Memang cantek hasil baju-baju Qudyn. Beading die kemas. Cantekla. =) Nak tengok hasil baju Qudyn, sila ke sini : Cik Yaya

DzulldeClassique: Kebanyakkan yang hantar kain mereka berpuas hati baik dari segi layanan dan baju mereka. Jadi, saya trust die juga. Hee.

Jadi, apa kata anda?







Tuesday, March 9, 2010

Kadang-kadang, ini berlaku...

I tak pernah tahu yang my bf pun suka nak sebok-sebok jugak perihal hari tunang kami nanti.
I selalu fikir, yang lelaki tak suke ambil tahu tentang hal remeh-temeh ni. Sampailah satu-satu die komen itu ini...

  • I've decided to wear pink on my E-day. Tapi, he refuse to wear pink and asked me to wear purple instead. Alasannyer, die tak de baju melayu warna pink. Haish. Tapi, I tetap nak pink colour jugak. Pedulikkkk. Hehe. I mesti akan ajak die ke Jakel and konon-konon tengokkan kain baju melayu untuk die. Dan, tadaa, i akan suruh die beli kain baju melayu colour pink. Heh-heh-heh.
  • At first, I cuma nak bertukar-tukar hantaran 5 berbalas 7. Dah buat budget semuanya. Alih-alih, die nak 7 berbalas 9. Haish. Budget pon increase. Sobs. Terpaksa akur. Tak boleh nak argue dah tentang ni ngan die sebabnye, takde modal la nak argue itu ini. Sobs.
  • I told him that I'm going to have a mini pelamin on my E-day. Sebab I nak sarung cincin sambil duduk atas kerusi. I takley duduk bersimpuh lame-lame, kang kaki kebas. Betul-betul bukan melayu perempuan terakhir la I ni. Haha. Eyh, eyh, tibe-tibe die pon sebok nak naik pelamin nak adakan sesi menyarung cincin jugak. Eyh, eyh betul la. Dah tak pasal-pasal I terpaksa potong budget sane sikit, sini sikit semata nak cater a nice cincin tunang for him. I dah tak boleh nak adakan candy buffet untuk tetamu saya dah. Sobs.
  • Kami berbincang tentang kain untuk akad nikah sebelumnya. Boleh, pagi-pagi dia msg I, cakap, "Tadi masa mandi, terfikir nak pakai colour silver la time akad nikah nanti". I mati-mati cakap, no, no, no.. we're going to wear white during our nikah nnt. Hoh. I tatau la macam mane nanti time nak pilih kain nanti. Siapa yang menang yer, nanti? Harus kite tunggu nanti. Ha-ha.

Untung nye la kamu wahai B2B yang lain, kalau pasangan kamu serah bulat-bulat semuanya pada kamu. Kan?. Bahagia.




Saturday, March 6, 2010

Custom made Tudung

Selepas berjalan-jalan lawat sane sini survey for tukang mekap dan tudung online, saya rasa saya mahu lawat butik ini nanti:

Lokasi:

No 9,
Jalan Boling Padang H 13/H
Seksyen 13
Shah Alam

(Landmark butik: Shop lot belakang Tesco Extra Shah Alam dekat Stadium Shah Alam)

Email:

hani1902@yahoo.com




Saya memang minat dengan style tudung sanggul tinggi ni. Heh.

Owh, they even can custom made your veil. Senang. Tak perlu pening kepala cari veil. Harga? Saya tak pasti. Tapi, ade die quote dalam blog die dalam 180-250. So, kalau tudung+veil, i rasa sungguh berbaloi-baloi dah. Bayangkan, veil sahaja da cecah ratusan. Belum tudung Ariani. Ratusan juga. Dengan simple beading. Huh, tak berbaloi i rasa. Ini, beading penuh, tak perlu nak sewe accersories dengan bridal boutique yang tentu-tentu charge kite tambahan lagi. Erk.

Jadi, langkah pertama, harus cari tukang jahit baju dulu, baru boleh tunjuk colour fabric baju dan jalan-jalan ke butik hannah, mintak quotation dan consultation untuk tudung+veil. Eyh, design manik kat tudung pon kene cuci-cuci mata juga nak design yang mane satu. Huhu.

Senang dengan MyHannah, die ade butik di Seksyen 13, boleh terus alter tudung ikut kesesuaian muka kita. Serahkan pada yang pakar. Heh. =P

Ada sesiapa pernah experience dengan MyHannah?




Lagi Pameran Pengantin - Mac 2010


Worth or not to go?
So far, yang saya tahu vendor yang join dari Dina Halim dan Arjuna Cipta.

Date: 12 - 14 Mac 2010
Venue: Level 4, PWTC

12hb je free.
Kalau pergi, mahu cari vendor untuk:

- Cupcakes for doorgift
- Photographer
- Mini pelamin untuk hari tunang

Apa lagi yer?


Duh, pening dan kecewa. Parents mahu awalkan hari pertunangan. Sigh. Saya seboleh-bolehnya nak elak hari cuti sekolah. Tapi, apakan daya, ramai makcik-makcik cikgu sekolah. Sedih sangat. =,( Most of my fav vendors dah penuh pada hari itu. Down giller.





Friday, March 5, 2010

Untuk flower girl

Ke Nilai petang tadi with my mom. Saje mahu mencari bunga-bunga artificial untuk hiasan dalam rumah. Waktu sampai, hujan dan tak berpeluang berjalan merata-rata. Singgah menyinggah beberapa kedai dan terjumpa ini:

(Maaf, kualiti gambar tidak memuaskan. Over exposure, orang kata. =P)


Love shaped basket.
Suit for your flower girls kan.
Letak rose petals dalam.
Untuk ditabur-tabur.
Meriah. Huhu.
White colour basket.
English design deco.

Jumpa ini di:
Rafflesia Classic Collection, Nilai 3

Price:
Small = RM15
Large = RM19
(Belum Nego)

Berdepan dengan kedai kain Suria tak silap. Jangan risau, kedai kain Suria tuh besar. Mesti nampak punya kedai ni. Hee.

I rasa berbaloi jugak beli bakul love shaped ni. Sebab dah siap deco. Huhu. Mane nak jumpa bakul bentuk love love ni. Cuma, kalau nak lagi meriah, kita pandai-pandailah tambah bunga kecil-kecil keliling bakul. Tambah jadi lagi meriah ok.

Tapi, kat KK Home Deco pon ade jugak bakul berhias renda bagai. Tapi, tak ingat berapa harganya. Kat Lovely Lace pon ade kan bakul berhias ni. Agak-agak murah ke eyh bakul love shaped ni yang berharga RM15?

I nak yang kecil je sebab membazir beli yang besar. Nak letak rose petals je pon. Heh. Ade jugak satu lagi kedai, sama bentuknyer, tapi harga mahal sikit. Yang bakul kecil pon die letak RM17. Tak perlu beritahu kedai mana. Tak nak ingat pon. Hoh.

So, paling murah i jumpa RM15. Ade lagi yang lagi murah? Ha-ha.




Wednesday, March 3, 2010

Design baju tunang lagi..

Tertarik betul dengan yang ini.. Sobs Sobs. Pening sudah mahu design yang mana.. Bukan senang rupenyer eyh, nak design baju. Tengok ni berkenan, tengok tu berkenan. Hadoi. Tamak haloba sungguh i nieh.



Source: beadmeplease

Cantik kan baju ade ruffles-ruffles macam ni. Sweet aje nampak. =)


Tuesday, March 2, 2010

.Pening perihal baju tunang.

Arghhh!!!

Masih belom finalize dengan siapa nak tempah baju tunang-ku. Sobs sobs. Bukan hape, sebab Unaisah dah fully booked. So, down seketika. Ahaha. Tiada kene mengena, padahal. Masih pening dengan design. Tapi, sedikit-sedikit dah ada gambaran ape yang nak. Itu ini semua. Hoh. Tamak. Hikhik.

Saya mahu seperti di bawah:


Kurung moden semestinya.



Ada butang-butang bulat sikit dekat bahagian atas. Dan butang-butang bulat dekat bahagian pergelangan tangan. Over, banyak butang pulak rasa. =P

Kain mahu seperti kain Unaisah. Fabric jugak mahu chiffon. Lepas tuh cukuplah buat lace patches dan manik-manik ke kan. Simple sahaja.

Ini semua hasil kerja dari Syomir Izwa. Diambil dari facebook beliau. Macam nak pergi jumpa Syomir dan tanya harga. Tanya aje la dulu. Heh.

Agak-agak Dzull De' Classique bisa jahitkan baju macam ni tak? Kalau tak, I nak hantar baju kat Auntie Jenny aje la. =P

Pictures credited to: Syomir Izwa

**P/s: My friend tempah baju reception die dari Salikin Sidek. Harga cuma dari RM500. Tambah lace tambah lagi la duitnyer. Agak-agak, Salikin Sidek boleh buat baju macam syomir ni tak? Ngee.



Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014