Friday, August 14, 2015

Oh, kitchen cabinet!

Betapa peningnya nak buat pilihan warna untuk kitchen cabinet idaman hati. Itu belum masuk bab material. Phewww. 3G glass la, 4G glass la, laminate la, arcylic la. Hahaha. But slowly study, tanya pada kengkawan, da dapat sikit ape beza 3G and 4G. Arcylic material macam mana, da pegang, sentuh. 

Okla, itu baru bab material. Belum lagi masuk top surface nak macam mana. Hahaha. Pening nak pilih solid surface ke, granite ke, bla bla bla lah. Haha.

Ada lagi term yang nak kene tau. Frameless ke, ade bevel ke, aluminium ke, wawawa, lagi banyak nak hadam. Haha.

Tinggal la dulu bab tu. Kite kongsi kemudian tentang tu. Hehe.

So hari ni, kite dah finalize warna kitchen cabinet kite. Wuwuwuwuwuwuw. Finalize tanpa approval dari suami. Haha. Whatever lah. Yang penting, kalau tetiba husband tanya, nak warna apa, i dah ada jawapannya. Takdela baru terkulat kulat nak buat pilihan. Heh.

So, ini beberapa contoh warna pilihan cabinet heehe.


Combination of white and brown. Hihi. I suka warna natural. Senang nak matchy matchy gitewww. Lagipun, husband kata konsep rumah kite, konsep bali moden acah acah. Giteww ade tema tauuu! I dok bayang habislah rumah macam rumah orang tua lah, segala perabot ukir ukir kayu which i tak berapa suka sangat punnnn. Feeling old pulak classic classic nih. Haishh. Kite tengok la macam mana nnt living hall i hahahaha.

Sambung kesah warna kitchen cabinet. Ada lagi contoh kitchen cabinet yang menarik mata dan hati i. Huhuhu.


Masih, warna putih dan finishing colour kayu. Tapi ni warna kayu gelap sikit. Yang tadi cerah kan. Warna kayu gelap ni buat nampak "mahal" je kitchen cabinet ni. Nampak sturdy. Kemas. Tapi, kene considerate ruang juga. Bila warna gelap, akan nampak ruang sedikit sempit. So, pilih nak cantek exclusive sangat, tapi dapur nampak sempit, atau, pilih warna terang tapi luas walau sedikit pucat. Ape merepek, ok next.


Yang ni rekaan sama. Tapi warna je yang beza. So, i pilih sama ada No 1 atau No 2. 

No 1 : putih warna selamat, warna standard orang kata.

No 2 : bila suntik warna cream, nampak ceria sikit dapur. Combination menarik.

No 3 : warna cream keseluruhan buat nampak pucat je dapur. 😅 so i tak berapa suka.

No 4 : ok juga. Cuma nampak macam design old skool aje sebab dulu dulu kalau kitchen cabinet tu, mesti warna sama atas bawah. 😅😅.. So i nak cari kelainan la sikit. Setanding dengan aliran zaman. Giteww. Huhu.

Kalau perasan, gambar atas ada counter bar atau counter island kat dapur. Dapur i? Huhuhu. Bergantung la kite pada budget kite nanti. Memang la teringin kitchen island, tapi dapur tak seluas mana huhuhu. Plan untuk buat 6x3 pun da ok. Kene tanya pada yang pakar 😅

Ok la. Idea colour on kitchen cabinet da kire selesai la kan. Hihihi.


Monday, August 10, 2015

Cuci rumah pun belum, you!

Excited tahu dapat kunci rumah. Esok genaplah sebulan dapat kunci rumah. Tapi, tapi, satu hape pun belum buat ape-ape kat rumah tu. Hahaha.

Hatta, belum cuci rumah pun. Eksaited ke bende kalau gitu, tu??? Lawat rumah masih kene masuk pakai selipar. Hohoho.

Susah sebenarnya I nak buat ape - ape kat rumah tu. Susah. Terlampau susah. Semuanya mesti nak kena approval by husband. Haha. Hatta nak basuh rumah pun, kene dapat green light dari dia. Saya yang menurut perintah. Hehehe.

Husband is so busy. Setiap bulan outstation. Dengan new business to handle. Memang takde masa nak fikir rumah berteduh tuh. So, I cuba jugaklah nak membantu, huhuhu. 

So, I cuba membantu mencari orang cuci rumah. Ikut hati, I nak pergi membasuh sendiri aje. Setakat simbah, simbah air, mop mop rumah, I dah biasa dah semua tuh. Huhuhu. Hakikatnya, rumah sewa sekarang ni, husband yang basuhkan dulu, I masuk cuci kaki aje. Ngeeee. Tapi, memikirkan anak-anak, memang tak mampu nak basuh sendiri. Penat menjerit aje nanti I nih. Heh.

So, I called company untuk cleaning service. Dia charge RM30/hour untuk 2 orang pekerja. Murah dah tuh. Semua sabun kelengkapan bagai, company cleaning service tu provide lah. So, I beritahu lah husband. Mula-mula husband macam bagi green light untuk upah orang tu je. Tetiba, tukar fikiran, nanti nanti lah basuh, kite renovate dulu lah. Sobs sobs sobs.

I sebenarnya dah naik semak dah mata tengok kotak-kotak yang dah meninggi kat ruang tamu rumah sewa ni haa. Nak hangkut je semua letak rumah sana. Tuhla sebab utama kenapa nak basuh rumah cecepat. 

Tapi, ada betulnya jugak untuk renovate sesiap mana-mana yang nak buat major renovation tu. Yang kecik-kecik ni nanti kite sapu sapu jekla nanti huhuhu.

Dari mana nak start dulu pun i dah blurrrrrr. Huwarghhh.


Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014