Tuesday, January 13, 2015

Dialog Aleescha bersama ayah

Ayah baru keluar dari toilet. Baru lepas mandi.

Ayah : Eecha, ayah sejukkkk laaa. 
Aleescha : Haaa, cepat pakai baju. Pakai baju.

(Sambil jari tunjuk ke dalam bilik -- nak suh amek baju dalam almari la tu)

Hehehe. Terkekeh kekeh kami ketawa. How she knows to reply such answer? Huhuhu.


Segmen dialog bersama Aleescha

Since Aleescha da pandai bercakap, kite boleh la nak faham apa yang dia cakap. Cuma kadang ada jugak perkataan yang tak boleh nak teka, ape Aleescha kata ni? Kadang kadang ajela. Most of the time, boleh lagi ibunya faham. Hehe. So ibu decide untuk kumpul sesi dialog bersama Aleescha. Mana mana yang ibu ni ingat boleh la rekod di sini. Hehe.

Orang kata, kids imagination ni kadang tak terfikir dek akal orang dewasa. Hehe. Wait until she knows how to write. Im going to compile soalan soalan yang akan dijawabnya nnt. Hehe. 

Aleescha, One day, you will read this blog. Ibu harap Aleescha tahu betapa meriahnya kehidupan kami dengan hadirnya Aleescha. Dan Sarra juga. Kalian adalah kesayangan kami.


Sunday, January 11, 2015

Sudah 4 bulan pegang title mak-anak-dua

12 January 2015
10:49 am

Dan hari ini, Aina Sarra Sophea dah genap 4 bulan. Cepat betul masa berlalu. Semalam pengasuh beritahu, Sarra da boleh meniarap. Yet, I tak berpeluang tengok lagi. Semalam beriye suh Sarra baring dan harap sangat dia meniarap. Dia cuma pusing-pusingkan badan aje. Belum nak tunjuk depan ibu lagi agaknya. Hehe. Tak apa lah. Petang nanti, kite cuba lagi, ok.

Dan Alhamdulillah, daripada 10 pcs hot dog i letak di cafe, terjual 8 pcs. Hehehe. Seronoknyaa! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tapi, pagi ni, I tak letak lah pulak. Sebab rasa badan penat sangat dan tak sempat rasa nak prepare. Hehe. Esok pulak lah kite letak. Hihi.

Coming soon, plan untuk letak bread pudding pulak. Hehehe. Nak kene buat RND dulu la. Mintak husband comment dulu. Hehe.

Ok, to catch up later.

xoxo.


Saturday, January 10, 2015

Hot dog bun di kafe.

Hari ni first day letak hot dog bun kat kafe. Hihi. Tak banyak pun, letak 10 pcs aje. Cuba-cuba dulu. Nervous memang tok sah cakap lah. Hehe. Dari dalam kereta ke ofis tak berhenti doa.

"Moga habislah hot dog bun hari ni"

"Moga takdela yang sakit perut makan hot dog bun kite ni"

"Moga diberkati lah rezeki jualan hot dog hari ni"

(Alahai, takde gambar la pulak. Later kite update okeh. Hehe)

Nervousnya.
Nak tunggu sampai jam 3 petang, nak tau habis ke tak.
Hehehe.

Tak tau why I did this. Bukanlah tak cukup dengan gaji yang dah dapat tiap bulan. Alhamdulillah, lebih dari cukup. Tapi, entahlah, mungkin terlalu dimomokkan dengan GST. Huhuhu. Niat cuma satu, nak tambah pendapatan. Demi anak-anak. Lagipun, seronok jugak sambil-sambil duk kat dapur tu, kite prepare la untuk hot dog bun kite ni. Hehehe.

Dan, sekarang ni terfikir untuk cari resepi kuih-muih yang senang untuk letak di kafe jugak.
Urm, terfikir kek coklat kukus. Tapi, macam lama aje nak tunggu siap kukus tuh. Nak kene godek-godek blog resepi nampaknya. Cari idea.


=)
Moga habislah jualan hot dog bun hari ni.
Ameen.



Friday, January 9, 2015

Selamat datang 2015.

Tahun 2015.

Rata-rata di news feed menjangkakan ekonomi semakin gawat. Dengan perihal GST yang akan muncul bulan April nanti. Dengan dimomokkan harga barang akan naik. Semuanya akan jadi mahal berganda. Pheww, life is become tougher, I guess.

Dan, tak semena, kakak rumah sewa beritahu, bayaran sewa dinaikkan sebanyak RM50 untuk tahun ini. Alasan, sebab GST. See, betape takutnya orang ramai dengan kenaikkan harga barang sehingga takut akan sesak dan mula la mencari peluang untuk menambah wang. No, I tak marah pada kakak owner rumah ni, kami pun merasa bertuah sebab rata-rata rumah di kawasan taman ni, semuanya dah atas RM600. Kami bertuah, hanya RM450 sebulan. *senyum* Hihihi. Dan, ini tahun ketiga kami di sini, baru sekali owner naikkan sewa.

Rumah kami pun dah hampir nak siap. Takut juga membayangkan tentang 'modal nak masuk rumah'. Yelah, dengan kitchen cabinet impian, dengan mengimpikan leather sofa set, bedroom set dan ahhh, pelbagai lagi. Rasa-rasanya, perlu bertahun tahun tu untuk kumpul modal. Heh. Tak apela, kite berpegang pada konsep, "sedikit-sedikit, lama-lama penuhla rumah". Hehe.

Sejujurnya, saya risau akan kesan kenaikkan harga barang. Dari segi kegawatan ekonomi, entahlah, saya tak pasti di mana saya akan merasa kesannya. Syukur, saya penjawat awam. Tiap bulan tahu gaji masuk. Personal loan pun memang tiada. Hutang kereta pun tiada. Dari segi lelain, saya tak pasti di mana akan rasa kesannya. Semoga semuanya dipermudahkan, hendaknya.

Untuk tahun 2015 ni, azam nak memperbanyakkan simpanan. Nak latih diri moga-moga lebih disiplin menyimpan. Antara usaha yang sedang dilakukan:
  • Pemotongan gaji terus ke tabung haji - selalunya korek balik. Hahaha. Tahun ni, nak biarkan aje, tutup mata lah dari tengok duit kat tabung haji tu. Hehehe. 
  • Tabung - tahun lepas sediakan tabung kecik aje. Tahun ni, sediakan tabung besar sikit untuk syiling. Seronok jugak simpan duit syiling ni. Takdelah berat wallet bawa syiling kehulu-kehilir. Setiap hari, balik rumah, bukak wallet, masukkan duit syiling terus dalam tabung.
  • Simpan not oren dan biru - Duit kertas RM1, kadang sanggup tak nak guna, pecahkan duit besar untuk bayar itu ini. Sebab nak simpan duit RM1. Hehehe. Setiap bulan akan buat simpanan di tabung haji. Dah mula untuk bulan december hari tu. Dapat kumpul RM41 sepanjang bulan december. Tapi tambahkan RM9, nak cukupkan RM50. Hehehe. Tengok bulan ni boleh kumpul berapa RM1. Selain RM1, kumpul jugak not kertas warna oren, RM20. Susah dapat, da dapat terus masuk tabung kaca. Hehehe.
  • 52 weeks money challenge - Boleh try google. Tiap minggu ada nilai cabaran untuk simpan. Akhir tahun nnt, dapatla RM1,378.00
  • Main kutu - Ni banyak jugak group I join untuk main kutu. Hehe. Kutu group ofis, kutu group ofis my mom, kutu group ex-unimate. Sekarang mmg takde ape ape plan pun nak buat ape duit tu. Jadi, simpan jekla nanti. Hehe. 

Target RM10k. We'll see how! Hahahahahhaa.

So, ini entry tentang simpanan. Next, nak cuba cari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan dan cara berjimat-cermat pulak. InshaAllah, semoga dipermudahkan.


Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014