Monday, August 22, 2011

Bila baju raya tak mungkin siap

You know, i have an instinct baju raya-ku tak siap lagi. Esok i akan cuba jengok apa kesudahan baju raya yang ditempah itu. Masa nak hantar tempahan tu, punyalah manis mulut cakap,

"Tak pernah lagi lah baju orang tempah tak siap, semuanya siap sebelum raya".

Amboi, manis sungguh. Nak tengok kotakan kata ke tak ni. Esok nak pergi buat sesi terjah gitu.. Dari sehari ke sehari tunggu call, tak diterima apa-apa jugak. Nantikan, nantikan.

Kalau tak siap, urm, terpaksa la keluarkan duit beli baju kurung ready-to-wear. Masalahnya, dah nak saat-saat akhir macam ni, mesti punya baju cantik-cantik di mata, size yang i nak, dah habis. Begitulah selalunya. Atau tinggal yang mana orang tak pilih, sebab tak cantik, ekekekkeke. Adui.

Harapnya, baju raya saya siap la. Tak larat la nak pergi hunting baju raya siap ni. Bukan senang nak jumpa pada yang berkenan. Husband boleh tahan ke ikut kaki I, nanti? Hihihi.

I biasa pergi shopping baju raya di Subang Parade, SACC Mall Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam. Itu je I terjah tahun-tahun lepas. Tahun ni, mana nak shopping baju kurung siap yang best-best eyh?


Korang shopping baju kurung kat mana?

Care to share?
Hehe





Sunday, August 21, 2011

Cuti-cuti hari raya


Kan cuti raya kan lama kan.
So, i plan nak la bercuti berdua bersama husband.
Tak lama, 2D 1N je pun dah ok.


Tentatively begini,


25/8/2011 : Me fly back to KL, depart from Penang
26/8/2011 : At parents' house, waiting for hubby
27/8/2011 : Last minute shopping with hubby, KL
28/8/2011 : Drive back to Kuantan
29/8/2011 : Last minute shopping with hubby, Kuantan
30/8/2011 : 1st Raya at Kuantan
31/8/2011 : 2nd Raya at Kuantan/ Drive to Besut, Grandma's house
01/9/2011 : Family gathering at Besut
02/9/2011 : Family gathering at Besut
03/9/2011 : Drive back, short gateway in Kuala Terengganu
04/9/2011 : Drive back to Kuantan
05/9/2011 : Me fly back to Penang, depart from Kuantan


Begitulah.
So, dah excited dah tanya survey pada BBF which hotel yang best, yang recommended.

So I've shortlisted to 2 based on the info la:


Teratak (Executive Suite)

Ri-Yaz Heritage
Marina Spa & Resort





Tanjong Jara Resort, Kuala Terengganu


And the result, I chose Ri-Yaz Heritage.
Sebabnya, itu je kemampuan.
Hehehehe.

Tanjong Jara Resort tak mampu dek non.
Tunggu la kerajaan umum bonus sebulan gaji, I mampu lah. Hehehe.

Tengok Ri-Yaz Heritage punya room rates, murah lagi la kalau kite booking thru internet kan.
Under promotion, RM228++.
Tapi, government rate, I tak check la pulak. Nak kena call dulu.
Mungkin boleh dapat RM160nett. Hahaha, mimpilah kau!

Atau, tanya corparate rate kan since my husband punya tempat bekerja boleh la dapat discount sikit HAHA kalau tunjuk dia punya pass tuu. Hhehe.

So dah decide, ingat nak tanya la permission..
Mula ingat nak suprise la konon-konon. Hihi.
Tapi tak boleh.
Kalau dengan suami, hati ni tak cekal mana, mesti nak beritahu jugak rahsia-rahsia pun.


Sekali, dia reply,

"Abang kena stand-by la, yang"

Ok, boleh terima lagi.




" Maksudnya, kita raya seminggu kat Kuantan la eyh? Tak balik Besut la kita ni, eh?"

"Em, gitula kot"




Ok, time tuuuuu, mata da tak tertahan, time tu jugak mata berkaca-kaca.
Sedihhhhh sangattttt!


Mula lah terbayang wajah mama, bapak, nenek, sepupu, mak sedara semuaaaa..
Meroyan sekejap.
Alahai, macam mana niii...


Tinggal suami, ikut mama pulang kampung?
Kejam tak, rasanya?







Thursday, August 18, 2011

Syukur, Alhamdulillah


Alhamdulillah.

Nampaknya usaha saya untuk bertukar ke Kuantan dah nampak sinar cahaya.
Syukur sangat. Ada pegawai yang nak tukar suka sama suka.
Moga usaha ini berjaya hendaknya.

Alhamdulillah, dengan doa yang berterusan, usaha yang tak pernah rasa jemu, hati yang sentiasa sabar, dapat jugak sedikit sinar cahaya.

Mari, sama-sama doakan untuk saya.
Moga usaha saya ini berhasil hendaknya.

Amin.



Tuesday, August 16, 2011

Coretan Raya yang bakal menjelma


Hari Raya dah nak menjelma.
Seronok memang seronok.
Sayu pun ada.

Dulu, waktu bujang, keluar beli barang persiapan raya dengan mama. Paling seronok time pilih baju raya. Pilih je suka hati. Mana yang berkenan, tunjuk mama and she paid. Kan suka tu. Adik-adik cuma dapat 2 pasang baju je. Baju melayu sepasang. Baju kasual sepasang. Tapi sebab I ni anak perempuan tunggal dalam family, budget baju raya mesti lebih dari adik lelaki, hahaha. Mesti dapat lebih dari 2 pasang. Mana taknya, minggu ni di Subang Parade. Minggu depan ke Shah Alam pulak. Minggu seterusnya ke mall lain pulak. Begitulah pencarian sehelai baju kurung.

"Mama, kakak tak jumpa lagi baju raya, esok kita pergi cari kat Subang Parade, nak??"

Pantang pujuk, mama mesti setuju.
Kuasa anak perempuan sorang.
Heh.

Tapi, tahun ni. persiapan menyambut raya dengan suami.
Alhamdulillah, baju raya dah hantar untuk tempahan. Tak sempat siap, I kena heret suami pergi beli baju raya. Heh heh heh. Tanggungjawab seprang suami untuk menyediakan pakaian untuk kita. Heh heh heh. Harap suami baca dan mendalami. HAHA.

Suami baik hati belikan I sepasang kasut raya. Terima kasih, abang.
Campur kasut hantaran yang tak pernah bawak jejak tanah lagi tu, YEAY ada 2 pasang!
Tapi, handbag raya, tak ada lah. Nasib handbag raya tahun lepas elok lagi. Gunapakai yang tu jela. Handbag hantaran pun nampak masih baru lagi. Jimat duit suami.. Hee.

Dulu, setiap pagi raya, mama mesti lip lap kan I. Pakaikan gelang, beri cincin untuk I pakai, pakaikan rantai, tukar loket.. Tak nak nampak anak dia tak berhias agaknya. Kadang I menolak jugak untuk berhias. Rimas. Hehe.

Hari raya bakal menjelma nanti, I pulak akan menyiapkan suami. Gosok baju melayu, pakaikan butang baju melayu, bersihkan songkok, dan seterusnya. Kasi chance la, tahun pertama kan beraya sebagai suami isteri. Hehe. Tahun kedua mungkin sibuk persiapkan anak pulak, siapa tahu? Haha. Suami tak mungkin diabaikan. Heh. Debar je suami baca nanti. Haha.

Em, dulu, waktu bujang, hari raya pertama berjujuran la air mata salam mak salam bapak. Mintak ampun kesalahan setahun. Sayu woh. Mintak halal makan semua kan. Hehe.

Tapi nanti, hari raya pertama salam suami dulu. Mintak maaf dengan suami dulu. Pernah meninggi suara pada suami, PMS biasalah. Hihihi. Agak-agak menangis tak? I ni kememey sikit. Hihihi. Tapi, paling tak tahan nanti, kena mintak maaf dengan mama dan bapak melalui telefon.. Sayu pulak rasa. Tak dapat salam cium tangan. Telefon aje dengar suara. Sobs.
Tak nak sambung da-lah.

Sayu pulak hati.


" Selamat Hari Raya, semua"



Monday, August 15, 2011

Permata ku yang berharga



Tatkala nanti
Apabila kita bertemu
Akan aku dakap dikau
Bagai esok tiada lagi

Tuhan,
Aku mohon padaMu
Lindungi permataku ini

Biar sampai keakhirnya





Saturday, August 13, 2011

Hingga ke Akhirnya


Kali pertama renungan mu membelai daku
Disaat itu berakhirlah pencarianku




Sayang terima kasih
Kerna memilih daku
Untuk menemani hidupmu

Dunia ku oh kini
Lebih memberi erti
Kerana kasih mu yang suci

Hidup ku bahagia
Hingga keakhirnya





Hingga ke Akhirnya by Dayang
Picture credit to Peveyhack.com



Friday, August 12, 2011

Kisah Cinta Norma dan Talib


Tears.


Hati saya memang mudah tersentuh.
Terlalu mudah.

Dah baca kisah cinta Norma dan Talib?
Pasangan muda ni diuji dengan ujian yang amat hebat.

Pertama kali saya baca tentang Norma dan Talib, waktu Hazlynda update di blognya.
Tersentuh.
Dan cuma mampu berdoa moga Norma sembuh dari penyakitnya.

For those yang tak tahu, Norma disahkan mempunyai Brain Tumor stage 4.
She's married to Talib somewhere in Mac 2010.
Dan Alhamdulillah, dimurahkan rezeki, mendapat cahayamata pertama pada Jan 2011, tak silap.

Sedih baca kisah Norma.
Tapi, she is one of the luckiest woman on earth.
Dikurniakan seorang suami yang sungguh tabah, penyabar dan amat penyayang.

Tersentuh hati bila baca tentang Talib menguruskan isterinya yang terlantar di atas katil.
Setiap hari sabar menunggu reaksi positif dari isteri kesayangannya.
Tak pernah jemu menguruskan kelengkapan isterinya.

Besar dugaan pasangan muda ni.
Tapi mereka sungguh tabah dalah menghadapi setiap dugaan dan ujian dari Allah s.w.t.

Moga saya juga seperti mereka.
Tabah dalam menghadapi setiap dugaan dan cabaran dariNya.
Saya masih PJJ dengan suami.
Dalam 2 bulan selepas diijabkabulkan, tak pernah catat rekod tak menangis.
Mesti nak menangis bila teringat pada suami.
Moga-moga saya akan lebih tabah dan rajin-rajin dekatkan diri pada Allah s.w.t.
Mohon padaNya moga-moga permohonan pertukaran saya dipermudahkan.
Amin.


Pada yang nak nak tahu lebih lanjut tentang Norma dan Talib, sila ke sini:








Thursday, August 11, 2011

Review: Henna by Diena Henna



Picture credit to : Peveyhack.com

Boleh tak nak gedik suka gambar sendiri.
Ehehehe.

Ini sebelum majlis batal air sembahyang.
Antara detik-detik pertama bergelar isteri.
Selepas selamat diijabkabulkan.
Alhamdulillah, syukur.

I tak tau bila masa Abg Rashdi snap pic ni.
Sebab Abg Rashdi duduk jauh dari saya.
Nak cerita la yang dia punya gadget canggih.
Korang ni, tak faham pula. Hohoho.
Lense yang super la kan. Hohoho.

Okla, tak pandai sangat bercerita tentang gadget.
Tapi adik saya yang belajar ilmu photography 3 tahun di kolej tu, cakap, melalu gambar, dia dapat tafsirkan, ini camera power ni. Betul la kot.
Saya percaya aja la kan.

Tak rasa membazir la hire abg Rashdi.
Sebab tau gambarnya lawa.
Hihi.

Excited pulak bercerita tentang Peveyhack.
Okla, nak cerita pasal henna sebenarnya.

A very last minute.
I nak kahwin bulan 5.
Bulan 3 baru terkedek-kedek nak cari henna.

Dah semua orang yang famous dah kena booked.

Lepas tuh mula la meroyan kat group Bride Blogger Forever.
Luckily mereka sangat membantu.
Love u babes.
Mereka semua buat research yang amat patut dipuji lah!

Ada beberapa henna artist yang i suka.
Yang paling i suka, tak available sebab cuti pregnancy.
Tak perlu tahu siapa, sebab i baru baca tentang bad review tentangnya.
Sighhh.

Semuanya ada hikmahnya.

Antara lain I suka,

dayudesigns.com - Fully-booked!
Sheema Henna Artist - Fully-booked!
Hennanya merah. Kemas aje hasilnya bila view kat FB.
Tapi sayang, dah penuh.

And lastly, I mintak nasihat sheema untuk recommendkan any henna artists yang dia recommended. Nak henna yang hasilnya merah macam Sheema jugak. Haha.

Ada dua orang.
I tak ingat.

Salah seorangnya, Diena Henna.

Alhamdulillah, kak Diena sudi ambil slot saya.
Berakhir pencarian.
Hihi.

Dan, tiba harinya, Khamis, 26 Mei 2011, Kak Diena sampai ke rumah saya.
Dah lewat time tu.
Dalam kul 11malam dah.

Saya risau betul andai hasil tak memuaskan.
Yelah, dah tengah malam sangat, saya fikir mesti penat kan.
Mesti letih kan.

Tapi, tekaan saya salah.
Kak Diena masih berenergetic!
Idea dia ada aje..

Bila Kak Diena tanya, nak corak macam mana?
Saya blur.

Saya nak simple aje.
Tak nak crowded sangat.
Nak nampak manis aje.
Macam henna ayu raudhah.

Ok, Kak Diena terus melakar.
Excited sangat!

Sekejap je lepas tu basuh basuh.
Tengok hasil, senyum sendirian.

"Dah nak kahwin"
=)

I suka dengan hasilnya.
I puas hati sangat.
Sebab henna I lagi cantik dari henna ayu raaudhah!
Hahahaha. Perasan.

Suka tengok dalam video nikah.
Merah henna naik sangat dalam video!
Suka suka.
Halus betul ukiran kak diena.
Suka amat.

Ok, ape.
Heh.

Nak tanya tentang henna, contact Kak Diena:



Oh, another plus point, Kak Diena ni punya 13 tahun melukis henna.
13 tahun, tak ke pro dah namanya?




Friday, August 5, 2011

Suatu petang di bulan Ramadhan


Pendek aje entry kali ini.

Cik Belle tak pandai siang ikan.
Malu memang malu.
Tapi, kalau tak bertanya, memang akan sesat punya.

Sebab cara saya siang ikan adalah unik, maha unik, HAHAHA, jadi saya mohon bantuan mak mertua tunjukkan siang ikan di jalan yang benar.
Mudah aje sebenarnya.
Potong serong mulut ikan, kelepet kan sikit, tarik organ dalaman.
Berjaya!

Terpaksa tebalkan muka.
Suami gelak aje bila saya cerita perihal ini.

"Malu abang, malu, HAHA"

Ampun abang.

Budaya kita berbeza.
Cara kita juga mungkin berbeza.

Seperti makan pulut dengan sambal tumis ikan bilis.
Pertama saya lalui dalam hidup.
Begitulah kehidupan bila berbeza budaya.

Tapi takpe, hati kita akan tetap bersatu.

Eceyh.
Hahaha.

Pencapaian terhebat 2 bulan menjadi isteri.
Saya boleh berbangga kini, dah pandai siang ikan kembung.

Noktah.



Thursday, August 4, 2011

Ramadhan tahun ini.


Salam Ramadhan.

Selamat berpuasa semua.

Tahun ni tahun pertama saya berpuasa sebagai isteri.
Ada suami. Hehe.
Tapi, setakat hari ini, saya masih tidak berpeluang untuk menyediakan juadah buat suami.
Ehehehe.
Takut..... takut tak sedap. Hehehe.

Walaupun saya tahu, tak sedap macam mana pun, mesti suami akan puji, sedapppppp.
Tambah-tambah nasi.
Hakikatnya, I tau, takdela sedap ponnnn. Heehehe.
Motivasi itu penting. Thanks, suami! Hehe.

Erm, dalam bulan Ramadhan tahun ini, hanya beberapa hari sahaja I berbuka dengan suami.
I di Kedah, suami di Kuantan.
Hujung minggu berjumpa.
Itu pun kalau I larat pulang jumpa suami.
Tapi, tak apalah, saya bersyukur amat.
Sekurang-kurangnya, masih ada ruang/ hari-hari untuk berbuka dengan suami.
Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih.
Alhamdulillah.

Mungkin sebab saya masih tinggal dengan mak mertua, jadi saya cuma jadi seorang pembantu dapur sahaja. Mak mertua hebat sangat masaknya.
Rendah diri sebentar. Hihihi.

InshaAllah, tanam niat mulai sekarang, jika diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki, ingin sekali membina kehidupan rumahtangga di rumah sendiri.
InshaAllah, I akan rajin - rajin masak.
To be a pro, mesti la kena selalu praktis kan?
I bet, tahun ke-2 membina kehidupan di rumah sendiri, u can call me Chef Belle pula.
Hehehehehehhehe.
Chef means orang pakar masak. Hahaha.
Jadi, Chef Belle mestilah seorang pakar juga.
Tahun ke-2. We'll see. Hihi.

Seronok baca kawan-kawan duk pening-pening kepala fikir tentang menu berbuka la menu bersahur la.
Untuk siapa? Untuk suami... Alhamdulillah.
Moga hidup kalian suami isteri lebih diberkati hendaknya. Amin.

Saya masih tidak berpeluang untuk pening-pening kepala fikirkan menu untuk suami.
Hihihi.
Cuma sekarang, I ambil kesempatan untuk mengenali suami dengan lebih dalam.
Apa menu kesukaannya, apa mesti ada atas meja makan.
Gitu. Hihi.


Saat ini, saya merindui suami saya.
*tears*


Ok la kalian.
Moga bertemu lagi.
Selamat berpuasa.
Selamat berbuka.
Selamat bersahur.




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014