Saya tertarik untuk komen tentang pendapat sesetengah readers yang kononnya wedding bloggers pasti grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya.
Tak saya nafikan, memang ada wedding bloggers yang grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya. Ann, Lynda, WLT, Heed, to name a few.
Saya bukan tergolong dalam wedding bloggers yang weddingnya pasti grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya.
Kerana apa?
Saya bukan dari kalangan ada-ada, meaning, mak ayah saya hanya orang kebanyakkan, tiada berpangkat.
Saya baru bekerja, baru genap 6 bulan. Boleh bayang kan, berapa simpanan saya untuk majlis perkahwinan saya nanti?
Bakal suami pun bukan dari keluarga yang berpangkat. Dan wedding belah dia, dia yang keluarkan duit belanja. Termasuk duit hantaran saya. Semuanya dari titik peluh dia. Itu dah cukup buat saya untuk membuktikan betapa dia ingin benar memperisterikan saya.
Saya tidak punya credit card yang boleh berhutang dulu bayar kemudian.
Saya tak punya loan peribadi untuk support majlis perkahwinan saya.
Jadi, saya sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
Memang keinginan tu ada.
Nak majlis hebat, grand macam anak raja. Hihi.
Tapi, saya sedar, siapa saya.
Sehingga hari ini, saya ingatkan diri saya, ianya hanyalah sebuah majlis.
Jadi, cukuplah sekadar yang saya mampu.
Berbalik pada topik utama, wedding blog more about sharing ideas, what's hot, and all.
Bukan makna kalau ada wedding blog, weddingnya hebat.
Saya tak tahu yang lain, tapi saya menulis hanya untuk satu niat.
Nak berkongsi.
Berkongsi idea.
Berkongsi tips.
Berkongsi perihal persiapan saya.
Itu sahaja.
Bukan untuk menunjuk betapa hebatnya majlis saya nanti.
Betapa hebatnya hantaran saya nanti.
Betapa cantiknya baju nikah saya nanti.
NO.
To all my readers, kalau itu yang anda bayangkan, anda silap.
Sebab majlis saya biasa aja.
Sederhana.
Bayangkan, majlis saya nanti tak ada banner pun.
Majlis saya nanti tak ada arch pun.
Majlis saya nanti tak ada band pun.
Majlis saya nanti tak jemput Sue Cantek pun.
Majlis saya nanti tak ada photobooth pun.
Banyak yang tak ada.
Boleh bayang kan, majlis saya nanti biasa je kan?
=)
Kesimpulannya, being a wedding bloggers, bukan bermakna weddingnya grand.
Hihihi.
Saya acap kali lihat, idea yang saya utarakan di blog saya dan bloggers lain digunapakai oleh vendor-vendor untuk menghasilkan majlis client-client nampak hebat.
Client-client semua orang berduit.
Memang boleh bayar vendor-vendor untuk menghasilkan idea-idea hebat ini.
Dunia sekarang, ada duit, semua boleh kan?
Takde duit macam I ni, duk diam-diam, meleleh air liur mengidam. Hahaha.
Perumpamaan.
Saya yang tidak berduit ni?
Hanya mampu share idea-idea hebat untuk berkongsi dengan semua.
Itu je yang saya mampu.
Harapnya, yang datang majlis saya nanti, takdelah yang jadi mak cik bedah duk compare tentang pelamin saya, duk compare tentang doorgift saya, dok compare tentang itu dan ini.
Satu yang saya percaya.
Semuanya in good hands.
InshaAllah.
Saya meletak sepenuh kepercayaan kepada vendor-vendor saya untuk menghasilkan sesuatu dengan apa yang telah saya labur.
I know they were good, and InshaAllah, they will deliver up to their best.
Majlis saya grand?
Tak mungkin lah.
=)