Sunday, October 31, 2010

Bisa buat saya menangis terharu

Selamat Pengantin Baru, Zaila!


Another great video from Wira Visuals
Buat saya menangis terharu

More review on Zaila's and Xora's wedding, next!
=)



Friday, October 29, 2010

Simple, yet cute!

Source: Amy Atlas

Simple, yet cute!
Can be a cupcake topper too!
Or topper for your table centerpiece?



Thursday, October 28, 2010

Rental of projector


When I first booked the venue for my wedding reception, the first thing I want to know is, projector+white screen ada tak? Unfortunately, the dewan that I've booked, takde.
Nak tak nak, I have to scout around asking the vendors for quotation.
Price starts from RM 250 up to RM 1000.

Cuma untuk sewa projector!

So in case, there are B2B yang masih tercari-cari mana nak sewa projector, I would suggest:


1 unit Projector
1 unit Laptop
1 unit White Screen
1 technician

All-in cost you RM250
If your wedding reception is around Putrajaya, there is no extra charge for transportation.
All-in.

If you nak ada slideshow gambar apa semua tuh, add on another RM50.

PR wise was good.
Cepat reply email and apa sahaja I tanya, dijawab.
Email: cxbase@gmailcom
(Ghazali N.S)
Contact No.: 0122704128 - Ghazali


Or, u might check this too:


PA System+Karaoke+dll for RM250/day
And currently, ada promotion, price reduce to RM200/day.


P/s: Sedang survey untuk penari cilik pulak. =) Any suggestion? Thanks in advance!

P/s: Venue changed! Syukur, Alhamdulillah.




Wednesday, October 27, 2010

Majlis malam hari


Something for your night event.
Be it solemnization or reception at night.

Help!!
Apa nama ni??
Mana nak cari??
Kedai hardware ada? Haha.

Mungkin time christmas nanti ada kot?
*_*

Waa, mesti ada!
Lantern.
Tealight.
Tealight candle holders.

IKEA!

Psst, "Lantern for tealight, Ikea" is on sale starting from 6-19 Dec 2010.
RM 14.90 after discount.
(Normal price = Rm25)
Must grab item!

Or anyone tau, mana lagi murah?
Sharing is sexy! =)

Fairy lights!
As a backdrop untuk meja beradap.
Chomels!

Again,
Tealight, tealight candle holders
Rose petals

Square and pillar block candles
A plate
For guest book/ dessert buffet table, maybe





Wedding of Datin Paduka Umie Aida


I know, wedding ni dah lama berlalu.
Tapi, still, i suka sangat wedding Datin Paduka Umie Aida.


Memang, I sangat admire wedding Datin Paduka Umie Aida.
From the decoration, from the makeups, and owh, everyhting!
She is one lucky woman!

And, thanks to CST Production, for sharing this video!
Everything was superbly recorded!
Nice!

I really admire CST Team.
They always have that "WOW"! Seriously!

Another superb video, I must say:


Every single "must shoot" moment, tak pernah missed!
Shoes, wedding dress, wedding ring, ahh.. every single thing they have on the video!
Alhamdulillah, lucky me to have them on my reception nanti!
InshaAllah.

Have u booked urs?
Don't wait, they worth every penny!
Contact their admin, and u'll be surprised!

More video: CST production



Tuesday, October 26, 2010

Thank you, sweetie!

(New update: 27/10/2011)

Agak terlambat entry ni. Hadoi, super busy this week with tests and assignments. Hihi. Terpaksa tinggalkan sebentar dunia blog ni. Maka, ketinggalan la semua. Hehe.

1. Thank & link the person that gave you the award.

Korang semua such a darling la.. kasi award kat kite-kite ni. Hehe. Tengok ramai bloggers dengan entry Beatiful Blogger Award nie. Hehe. Thanks to Wan, Lynda, Norr, ElyaElmo, Miss eilaz, Ellfazira, LeonaraHalim, sk, nasyrah, Diana, Nana, iDa, Yuna dan Willbe.Mrs. Nanti if ade yang i tak masukkan nama, i will update later ye. Ampun dipinta. Tak ter-track. Hehe.






2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.

Rata-rata ramai dah bloggers yang dapat award ni. So, nak pass award ni pada yang tak dapat lagi and follower saya. hehe. dapatla kite sama-same merasa award nieh. huhu. So, here goes the list:

(1) Reyna : (http://holareynaa.blogspot.com/)
(2)_GNIE_ : (http://ma2niput3.blogspot.com/)
(3) thalhazlin : (http://thalhazlin.blogspot.com/)
(4) Anoi : (http://anoi.blogspot.com/)
(5) Yanie : (http://spreadingaroundthehappiness.blogspot.com)
(6) Qis : (http://itstimeforqanda.blogspot.com/)
(7) Syima Boyd : (http://zays1amiys.blogspot.com/)
(8) EllyAnaille : (http://anaille.blogspot.com/)
(9) Fikaryna : http://impianfikaryna79.blogspot.com/
(10) si kecil : (http://sikecilberkata.blogspot.com/)
(11) Miss N : (http://lifeofthehappyhearts.blogspot.com/)
(12) faradiba : http://myfavcolourispink.blogspot.com/
(13) Riena (http://escadagurl21.blogspot.com/
(14) Shaheeda (http://aku-gadis-biasa.blogspot.com/)
(15) Atiqah Mutaza
(http://diaryatiqah.blogspot.com/)

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.

4. State 7 things about yourself.

Part ni mencabar. Ha-ha.
.
.
.
  1. The eldest in the family.
  2. The only daughter in the family.
  3. Sudah bertunang.
  4. Akan berkahwin dengan orang Pahang, InshaAllah.
  5. Pernah mendapat mimpi dipatuk ular. (Petunjuk orang nak masuk meminang, kan?) Haha.
  6. Seorang yang pemalu. Boleh bertukar menjadi peramah bersama orang yang kaki borak jugak. Ha-ha.
  7. Percintaan kami adalah jarak jauh. Sejak dari mula bercinta hingga ke hari ini. Petua kekal lama? Haha. Rahsia. Heh, gedik!

Dah. habis dah perihal T.A.G. Hehehe. Sape nak tag i, lagi? Seronok jugak yer. Huhu.


Real Wedding: Dewi


Lepas je I post entry tentang my first visit to RKM, I receive an email from my silent reader. She is one happy customer of RKM!! She invites me to view her wedding photos, and "WAH!" and I decided to share with you guys.

The baju!
I told you, heavy beading!
Love the colour combo!

Dapat baju cantik, senyum pun manis la kan!
=))
Focus beading pada pinggang tu!
Naik seri baju!

Manis bergambar di pelamin ala-bali.
Tema Jawa memang menjadi!
Tahniah, Dewi!

Malam berinai pun baju dari RKM.
Makeup was beautifully done by RKM.
Even snapping by using digital camera, makeup sangat cantik!
Smooth. Tak nampak crack langsung!

Dewi lagi.

Songket!
Oh my! Love!

Owh, on the another note, in case ada yang kakitangan kerajaan, masih ingat promo ini?
Tadi, kat facebook, RKM post ini:


Credit: Facebook Rumah Kebaya Malaysia

Hanya tinggal beberapa slot sahaja.
Siapa cepat dia dapat.

In case ada yang nak tengok sample photo, you can view here: Ahmad Fairus Photography

And to tell you, Ahmad Fairus ada package less than 2k for 2 events coverage!
I baru tahu, sedih sangat sebab dah booked photog!
Email him to get the quotation!






Monday, October 25, 2010

My first visit to RKM


Ok, now I want to share with u ladies, tentang my first experience here.

Masuk-masuk je, MasyaAllah, terkejut sangat dengan kecantikkan Kak Siti.
Jadi, andai bertandang ke RKM, jangan terkejut dah eyh. I dah mention awal-awal. Sangat cantik tanpa makeup.
Lupa nak korek rahsia kulit cantik. Sigh.

Ok, I tau, I suka melalut.
Haha. Jadi, maafkan jela.
Huhu.

RKM is a house boutique.
Whereby semua baju yang dihasilkan oleh RKM diperagakan di rumah.
Jangan bimbang, maps ke RKM ada kat website RKM: to Rumah Kebaya Malaysia
Takkan sesat punya!

Perbincangan diteruskan.
Kak Siti and Abg Fairus, both pun sangat baik!
Boleh gelak-gelak sama.
Cool!
Takda nak pandang atas bawah, tak kekwat yang penting!

Eh, merepek lagi.
I sempat snap ini:

My most fav!
White long kebaya!
MashaAllah, cantik sangat! Dari jauh masa duk bincang-bincang tuh kan, geram nya rasa nak snap pic!
Bila dah start petikan pertama, haa, hambek, banyak terus nak snap. Hehehe.
Ask the price, u'll be surprised!
Include together everything! accessories, baju untuk lelaki, veil semua lah!

Second snap:

I love the purplish-pink tuh!
Mewah sangat beadingnya!
Cantik sangat!
Ehem, I predict warna purplish-pink ni as a hot trend untuk 2011!
So, ya, if anyone nak booked ni, cepat-cepatla make an appointment with RKM.
Risau nanti date kite, orang dah chop baju siap-siap!
Jangan risau, they will reply to u cepat punya!

Banyak lagi baju, better pergi tengok sendiri
Semuanya dari french lace, bukan panel lace eyh.
French lace!
Beading pun, bukan beading murah! U can notice bile tengok beading kat baju RKM!

Ok, nak tunjuk close-up beading pulak!

Kannnnnnnnnnnn. Terkejut nya!!!!!!!
Sangat mewah!
I geram betul dengan yang ini!
My cheapo camera didn't do justice here! =(
Better pergi dan pegang-pegang sentuh-sentuh.
Booked ur date, i takut hampa aje nanti.
Ok, serius, tergugat!

Susah nak nampak beading tercabut ke hape.
Sebabnya, i korek rahsia, semuanya dihasilkan secara handmade!
Kak Siti buat semuanya sendiri!
No wonder beads nya takde tercabut, tertanggal.
People will notice it as baju baru!
Meletups, i cakap u! Hihi.
Sebab, i sendiri tanya Kak Siti, "Kak Siti, ni baju baru, ye?"
Ok, nampak tak, I sendiri rasa ni baju baru, kalau i tak tanya, i tak tahu kan?

So, people who come to ur wedding, mesti cakap, ur baju is baju baru!
Tak nak, ke? Huhu.

Dah snap sana snap sini, terasa juga nak lepas geram nak pakai baju RKM.
Kak Siti sangat baik, tak marah pun kite nak cuba-cuba.
Lagi menggalakkan ada!
Ya Allah, pengsan rasa!
Rasa dah hangatnya nak berkahwin!
Haha, tett.

Ini persalinan Jawa.
Tetiba feeling Mawi-Ekin.
Hehe. Psst, muka I ada iras Dian Sastro Ada Apa Dengan Cinta, tak?
hahaha, mata sepet-sepet kan, nak perasan sama macam Dian. Heh Heh.

The baju nicely fit to my body.
Tak perlu major alteration pun. macam baju ngam-ngam kat badan.
Korset sangat best, sampai perutku yang buncit tak nampak!
Wahhhhh!
Ok, abaikan serkup kepala I tuh.
Bukan sebahagian dari accessories.
Kak Siti akan sediakan semuanya, dari bunga melur, sanggul Jawa, haa, semuanya lah!
Memang terasa jadi Jawa!
Meriah mek, macam Adlin-Emilda!

Jujur, baju kat RKM memang cantik.
Pay a visit, u'll be surprised!
The price starts from RM599 for both lelaki+perempuan.

Nanti i upload antara baju RM599!
Eyh, senang-senang pergi la visit RKM.
Boleh nego, jangan bimbang! Hihi.

Psst, Kak Siti pun boleh buatkan mekup!
Boleh la kot risik-risik kak siti, nak buat trial makeup ke kan?
=)

More info: Here


Sunday, October 24, 2010

Real Wedding: Elly+Johan

Date: 24th October 2010
Venue: Dewan Sri Melati, Putrajaya
Couple: Elly & Johan

So, yeah, on Saturday, my fiancé and I went to Elly's wedding.
Alang-alang nak berbincang perihal dewan, jadi alang-alang kan singgah dulu isi perut.
Eyh, panjang langkah nampak. Hihi.
Memang dah plan, nak makan nasi kenduri hari ni.
Ada 3 jemputan untuk dipenuhi.
Penuh seat belakang, I borong hadiah kahwin untuk bloggers. Ahaha.

Eyh, melalut. Selalu tau, macam ni. Maaf. Sambung balik.

Tiba aja depan dewan, Alhamdulillah nampak meja khas untuk hadiah. Terus letak hadiah yang dibalut rapi dan snap ini.
Sebagai pemanas petikan orang kata.


Pre-wedding mereka! Diframekan. Cool~
Tiru boleh? Hihi.

Lepas tuh, lihat kiri kanan, mencari guest book area. I tau, bloggers mesti ada guest book area ni. Jumpa! Cepat-cepat hampiri.

Dan, blur sekejap oleh kerana pening nak pilih warna pen apa nak guna.
Making decision ain't easy, u know!
Dan, pick blue! Mood biru nampaknya!
Walaupun, tema warna Elly adalah merah+hitam+putih!

Sebab blur, cuma coret something yang general:


Tok sah tenung lama nak baca, tilik tulisan Cik Belle ni orangnya macam mana, ye?
Huhuhu. Tulisan sebijik-sebijik biar jelas. Haha.
Merepek lagi, maaf!

Dah tulis, tadaaa! Excited sangat dapat jumpa wishing tree ni!
Suka nya, la-hai!

Suka sangat!

Duduk dekat dengan pelamin dan meja beradap.
Sempatla snap pelamin cantik ni!
Red you! lawa ok!

I memang biased sebab i memang suka merah juga.
Warna family pink la katakan.
Ok, takde kaitan.

Cantik kan, gabungan warna yang takkan mati dek telan zaman punya!
Suke-suke je ni predict! Haha.
Jangan terpedaya!
Stick to ur colour theme, please. hehe

Kan dah kata, dekat aje kedudukan i dengan meja beradap. Hambek kau, depan mata!
Huhu. Kek dah dapat agak dah dari,tak lain tak bukan, MAC!
Kalau salah, ampun maaf. Tihihi.

Kesimpulannya, warna tema digarap sebaiknya oleh Elly!
Congrats to u!

Nah, present to u, Elly+Johan :

Cantiknya! Bagai bidadari kayangan. =)

Yeay! The train. panjang cantik, kan?

Now, the door gift:

Bawa pulang ini!

Suka!

Ada jajan! Double suka!!
Nom..nom..nom..nom..

Lepas pada wedding elly, i bergerak berjumpa dengan orang dewan untuk uruskan perihal dewan. Mungkinkah akan bertukat venue? I don't know.
Dah mula jatuh cinta dengan venue terdahulu sebenarnya.
Dilemma.

Perbincangan mengambil masa yang lama sehingga i terpaksa batalkan hasrat ke wedding Eila dan Hana. Sedeyhnya! =(



Friday, October 22, 2010

Tawaran sudah ditutup, tawaran baru pula muncul!


Remember, I post entry pasal FREE Post-Wed tu?
OK, nak bitau, tawaran sudah ditutup!
Dah, nakmo PM Kusyairi tanya pasal promo ni. Kang I kena! Huhu.
Alhamdulillah, ramai yang berminat rupanya, ya!
Siapa yang bertuah tuh nampaknya.
I doakan setiap seorang dari kamu, akan dapat bahagiannya!

Dengarnya, sekarang negotation sedang dijalankan.
Tak lama lagi, dapatlah kita tahu siapa couple yang bertuah ya!
=)

Ehem, buat bride-to-be yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam bulan November - Disember 2010, this is a good news to u!
Seriously!

A FREE Interactive Wedding Card for you to grab!

Apa tu?
Ni sample: Aimran - Sufya

Cool kan!
I wish, they will have this FREE promo jugak time wedding saya nanti. Hehehhehe.
Nak jugakk!!! Huhu.


For this time punya promo, they have four designs to choose from:


Design 1

Design 2

Design 3

Design 4

Paling I suka, design 3 and design 4!
Chomelnya ada ladybirddddd!!!
NAKKKKK!!!!

Eyh, chop, i merepek banyak pun tak guna, bikin hati jeles je! Ahaha.

Click terus to have your FREE Interactive Wedding Card : Weddingkami
Terhad pada 50 terawal or sebelum 31 October
Cepat register!

Psst, kalau dapat, please invite saya, nak jugak gedik-gedik tinggalkan ucapan manis! Hehehe.

Goodluck! Hopefully followers saya yang nak kahwin bulan November-December, dapatla hendaknya, ya! Amin! =)


P/s: Rasa macam wedding blog I ni dah bertukar jadi medan iklan pun ada! Hahaha. Tak apala, demi mu B2B!


Thursday, October 21, 2010

Checklist: 7 - 5 Bulan sebelum majlis


7 - 5 Bulan sebelum majlis:
(Last update: 17 January 2011)


  • Menghadiri kursus perkahwinan
Status:
Yours truly - Completed
Dear fiance - Completed
  • Memilih MUA
Status:
Nikah - Booked
Resepsi - Sponsored
Bertandang - Pending

  • Memilih Photographer
Status:
Nikah - Booked
Resepsi - Booked
Bertandang - Booked

  • Memilih Videographer
Status:
Nikah - Booked
Resepsi - Booked
Bertandang - (If any)

  • Entertainment
Status:
Tarian - Decided!
Kompang - Decided!

  • Decorator
Status:
Nikah - Booked
Resepsi - Pending
Bertandang - Booked

  • Caterer
Status:
Nikah - Menu finalized, to follow up
Resepsi
Bertandang - Rewang

  • Canopy
Status:
Nikah - Finalized on quatity, to follow up
Bertandang - Pending

  • Finalized on Doorgift
Status:
Nikah - Pending
Resepsi - Done


  • Guest List
Status:
Nikah - Family both sides, bff
Resepsi - Half done!

  • Stationary
Status:
Wedding Invitation - Done
TQ Tag - Done

  • Honeymoon (If any)
Status:
Date - To be discussed
Place-to-go - Finalize
Air ticket - Pending
Accomodation - Pending





My Engagement Day


Happy viewing!
=)

P/s: Punya 89 pics, sabar ya tunggu nak loading! Jangan stress. Huhu.

Click to play this Smilebox slideshow



Wednesday, October 20, 2010

Get FREE Post-Wed Session!


Salam.
I'm helping one of videographer ni, Kazoku Studio

Kazoku Studio nak kasi free POST-WED video session!
Tak percaya?
I copy paste his status. Sini:

Kusyairi Mustafa get free post-wed session.. but the song genre must be reggae ! *tnc applied


Post-wed ok.
Bukan Pre-wed.
Post-wed, yang dah ada hubster sahaja.
Yang ada fiance, tidak termasuk!

First come first serve.
T&C apply.

Bye, cepat grab!

More info: Kusyairi Mustafa


Tuesday, October 19, 2010

W-progress: Booking Part 2


Checklist untuk 6-7 bulan sebelum majlis belum sempat share lagi.
Nanti, InshaAllah, ok I cuba share dalam masa terdekat.

Alhamdulillah, dah berjaya booked ini:

- Dewan resepsi
- MUA untuk hari nikah

Lega.

Dewan di putrajaya. Hampa betul tak dapat Dewan Seri Endon. Cantiknya. Sungguh, tak tipu. To those yang nak buat majlis resepsi di Putrajaya, cepat-cepatla booked Dewan Seri Endon ni. Ehem, tapi, person in-charge dewan ni, kekwat betul. Tak suka. Pandang atas bawah. Eii, awat la hai. To others, sila datang bersama parents anda. Or else, contact them thru phone aje. Senang. I ni, memang sesi terjah terus, sebab panic bila tarikh kahwin dipercepatkan, InshaAllah, ehee.

Alang-alang ada waktu senggang, terus rasa nak booked dewan. Dan Alhamdulillah, ada rezeki saya. Pasang niat betul-betul, berdoa mintak dipermudahkan, InshaAllah, urusan menjadi senang. Dan tak apala, tak perlu menjadi Bridezilla bila mana dewan saya cuma yang biasa aja walaupun dulu pernah menjadi seorang bridezilla, beria mahu dewan cantik ada lampu cantik, tak nak court badminton la, nak yang bercarpet ajela, fine fine, saya patut bersyukur sekarang ni, kan? Pergi melawat semua dewan, dan satu sahaja yang punya kekosongan. Jadi, redha dan berlalu pergi. Alhamdulillah, dapat juga dewan untuk resepsi nanti. So, yeah, jangan berangan dewan Cik Belle cantik humaihaih. Haha. Nanti jemput datang seikhlas hati yer, chey, unofficial jemput ni. Haha. Yang menanti update tantang dewan di Putrajaya, stay tune. Chey chey chey.

MUA nikah pun yang biasa aja. Tak apala, ingat, seri perantin tu ada. Mana tau kan, glowing-glowing nanti. chey chey chey. ehehe. Kalau ikutkan tunang saya, tak apa, booked aja yang mahu dihati, nanti serah bill pada dia. Heh heh. Tapi, bila minta khidmat nasihat dari ramai orang, betul juga, tak perlula berhabis sampai RM900++ untuk mekap nikah sahaja. No offense, babe. Pada yang mampu, go ahead. This is your BIG day! =)

Saya bernikah pada malam hari, InshaAllah, jadi mekap hanya untuk 3-4 jam sahaja. Dan mekap nikah, hanya light-light sahaja kan? Jadi, tak perlu sampai berhabis RM900++. Mahal bukan sebab saya nak Sue Cantik untuk nikah, tapi sebab bila campur transportation charges dari KL to Seremban, humaihaih, fikir 2-3 kali jugala. Yang penting, muka ada warna tak pucat sudah. Bulu mata lentik peliss. Mata sepet ni, nak la make-up untuk mata jadi bulat cantik besar cantik. Hehehe. MUA untuk reception, hold dulu, masih menunggu outcome dari Puan Nurunnawal. Heh heh. Mek, bile majlis bertandang ni? Huhu.


P/s: Alhamdulillah, berjaya control diri dan belajar untuk lebih rasa bersyukur atas nikmat yang diberi-Nya. Alhamdulillah, syukur. Setiap yang ditentukan oleh-Nya adalah yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah.



Monday, October 18, 2010

Persalinan buat persandingan


Ahaha, berbelitkah tajuk entry?
Heh.


Cantiknya detailing kat baju die.
Menanges tengok.
Huhuhu.

I cuma tahu satu tempat ni je yang bajunya memang mewah dari segi beading.
Mana lagi, kalau bukan Rumah Kebaya Malaysia

Bukak-bukak webpage RK, nampak promo, currently tengah buat promo untuk kakitangan kerajaan. 20% off.

1 photography session by MyPhotographer
Note: Ahmad Fairus is one of the best photographers in Malaysia
Sepasang kebaya dari Rumah Kebaya
1x Makeup

Semuanya dengan harga: RM1999 after discount

Berbaloi betul i rasa.
Dapat baju mewah beading!
Dapat photographer lagi dari yang terbaik!
Makeup lagi!
Lengkap dah majlis persandingan.

Eyh, belum, pelamin kena ada. Hihi

This promo is running from 4October - 14November 2010

Make an appointment cepat, risau terlepas promo dan slot penuh sudah!


P/s: Dari tertarik dengan gambar baju, terus terjumpa promosi berbaloi pulak. =)




Sunday, October 17, 2010

Photobooth props

Props for your photobooth:

Download them from here: diy-mustache-photobooth-props


Step-by-step:


Instructions:




P/s: Hopefully, takdela yang download for business purpose kan. We get this for free. Macam tak adil untuk diperniagakan. =)


Friday, October 15, 2010

Bajet 2011, bawa makna?

Bajet 2011 mengembirakan saya juga!

dan pasti juga kamu:

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

*credit to PurpLe Lady*


Time driving from kL-Seremban, I dengar perbentangan belanjawan 2011. I senyum sendirian bila dengar yang duti import ni dimansuhkan. Jadi, apa? Wohoo. Gucci satu please. Ahaha. No-la, mimpi aje ni.

Saya rasa, lepas ni, ramai B2B listkan designer handbag sebagai item mesti-ada-dalam-tray-hantaran. Heh Heh Heh. Tak taula harga kalau takde duti import tuh murahnya yang paras mana. Haha.


P/s: Gelak sendirian bila dengar yang *dalam-dalam* pun tax dimansuhkan. Nasib takde dalam dewan, boleh gelak secara berjemaah pula. Heh.




Tuesday, October 12, 2010

Mimpi di siang hari


Saya hanya mampu bermimpi...

Pelamin nan indah

Nampak tak, bantal-bantal bulat tepi dinding.. Memenuhkan ruang.
Gubahan bunga di penjuru ruang.
Ok, idea diterima.

Ok, tapak untuk hantaran kedua belah pihak.
Wrap with satin, kan?
Ok, idea diterima. Masalahnya, mana nak sewa?
Harus ke pergi beli satu? Melampau tak?
Heh.

Ok, cleopatra chair. Idea diterima pakai.


Platform untuk pelamin adalah double disitu. Agak-agal decorator ketuk kepala I tak?
Huhu. Bunga menghiasi keliling platform.

Meja nikah juga. Mana nak sewa, ni?
Tempah? Bridezilla, betul heh


Warna putih, (or is it ivory?), nampak exclusive kan untuk hari nikah. Dengan lighting kekuningan, nampak majlis mahal aje~

Saya pakai silver, tak ngan dengan warna begini.


....kadang, mimpi juga bisa jadi realiti.


Monday, October 11, 2010

Tutorial: Pillow Cover


I never knew sewing a pillow cover is so easy.
Tak percaya, check this out:


Jadi tukang jahit la pulak lepas ni.
Haha.

Siapa yang berangan nak ada bantal banyak-banyak letak tepi dinding waktu majlis nanti, boleh la cuba-cuba nak jahit sendiri.

Idea 1: Sebagai props tambahan untuk pelamin dan decor dalam rumah. Kain satin biasa pun murah sahaja. Ala, nak pakai untuk satu hari je pun, jangan membazir! Huhu.


Idea 2: Sebagai hiasan tambahan untuk katil pengantin. Sesuaikan dengan tema.

Sumber: Google Images


Sunday, October 10, 2010

Oh, hantaran


Kami dalam perhubungan jarak jauh. Nak cari masa untuk bincang tentang wedding kami, sedikit susah. Dengan kerjanya yang tak tentu masa, kadang bekerja seminggu tanpa rehat *kesian betul =( * Tak apala, saya anggap ini sebahagian dari dugaan. Tentu ada hikmhnya, kan? Hihi. Save money kurangnya dating, nonton movie, lepak minum, lepak makan, minyak kereta, haha,

Jadi, bila punya masa untuk berdiskusi, banyak jugak kami bincangkan:

  • Hantaran (For Her)
  1. Wedding ring : 12/4/2011
  2. Heels + Handbag : 11/4/2011
  3. Skincare : 18/12/2010
  4. Something sweet
  5. Sireh Junjung
  6. Mas kawen
  7. Tafsir Al-Quran+Rehal : 2/1/2011

  • Hantaran (For Him)
  1. Kemeja + Pants+Belt
  2. Leather jacket
  3. Formal shoes
  4. Perfume : 1/1/2011
  5. Skincare : 2/1/2011
  6. Sireh junjung
  7. Wedding ring
  8. Al-Quran+Rehal : 1/1/2011
  9. Chocolate/ Cake/ Cupcakes / Tart

Highlighted with purple tu sudah settle dibeli. YAY!




Saya hanya mampu merancang, Allah lebih tahu yang terbaik buat saya.
=)



Thursday, October 7, 2010

Name banner


Sangat teruja!!

Saya mengimpikan hari nikah di malam hari. Bila ada cahaya lampu, woah, rasa majlis sangat syahdu. Huhu. Pada saya, nikah is all about me and him, the bride and the groom. Dan majlis resepsi adalah untuk parents (Sobs). Yelah, majlis perkahwinan kita, tapi kawan kita sejemput aje, kawan parents sampai beribu. Jadi, saya mengimpikan hari nikah adalah tentang saya dan dia. =)) Jadi, saya memang cukup tertarik dengan idea banner ini! Hihi. Haish, tapi, nak set waktu untuk nikah pun bermasalah lagi. Lepas Zohor kah, lepas Asar kah, lepas Maghrib kah, lepas Isya' kah.. Dah banyak kali bincang dengan parents, masih tidak punya kata putus. Pening kepala jadinya. Nak nikah malam hari...

Name Banner Ini:

Comel!

Athiah & Amin.

Lepas tuh, boleh sambung jadikan props untuk bergambar pula!
Heh.


Wednesday, October 6, 2010

W-progress: Booking Part 1


After a month looking for a videographer for my W-day, I ended the journey today.
Phewww, lega.

Team A: Considering they were ex-(ehem, from a well-known company) and comes with 2 cinematographers with a good price tag compared to others yang sama price tag tapi, 1 cinematographers sahaja. Editing was good, video tak pening, tak goyang-goyang, some more they will cover the event from start sampai wrap up! Young and talented, I must say. Still new. Previously, they work with this-company for about 4 years sudah. And suddenly, they quit and set up their own business. Dah setahun sekarang. PR was damn good. Idea I semua diterima baik. And ya, they were so good.

Team B: Ya, they were from ex-(from a well-known company juga). PR was good. Senang berurusan. Pantas segala benda. Have meeting him and ya, suka amat cara dia bekerja. Editing was good. Like what I want for my nikah montage nanti. Quote me with a very good price.

Team C: They were from a well-known company. Pantas juga segala benda. Editing wise, good. Catchy video and clear sangat. Cinematography style. I believe that the principle akan cuba sedaya upaya untuk memberi tunjuk ajar kepada anak didiknya. And InshaAllah, usaha mereka akan berhasil dan video juga makin bagus! I support your team! Yeah!

So, yeah, team mana yang I booked?

Team B and Team C.
Bukan nak cakap Team A tak bagus, cuma saya mahu video nikah yang leleh-leleh. I love dinawedding punya style. Banyak video dari dinawedding buat I leleh-leleh. So, since then, I dah tetapkan dalam hati, mahu style macam ini. Since Team A lebih kepada catchy punya style, I doubt they can't do well on leleh-leleh video. Eish, sepatutnya kita kena yakin kan?! But, knowing me, I tak sanggup tanggung risiko. Bila mana Team B kasi good price, sudah, I dah susah nak tolak! Haha. Fikir 3, 4 hari, and deposit paid! Berdoa agar dia merupakan pilihan yang terbaik. =))

Nikah + Playback untuk reception = Team B

Sadly to mention, Team B no more available on my reception. Sedih, sebab bila mana dah tukar tarikh, dia dah no more available. Masih available, cuma bukan dia shoot la, dia pass this job to other videographer. Sekali lagi, I berbelah bahagi. Jadi, I have to find another videographer untuk cover reception.

Untuk reception, I perlukan one BIG team. Sebab nak cover one BIG hall. Haha. So kebanyakkan yang below than 1.5k, cuma datang seorang videographer sahaja. Sampailah, i dengan nada tak malunya, merayu pada mereka ni. Haha. Alhamdulillah, diperkenankan. Alhamdulillah sangat! I've compared with other VG, and ternyata with the price been offered to me, what else to say, mereka adalah yang terbaik!

Reception = Team C

Alhamdulillah, lega sangat lepas dah booked videographer.
Later, I buat list seperti dijanjikan ya!


P/s: Banyak sangat draft tengah queue untuk di-publishkan. Sigh.





Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014