Tuesday, August 31, 2010

Update: 9months & 3 days until diijabkabulkan


Update setakat ini:

  1. Wedding date di awalkan - Happy!! heh heh heh
  2. of Nikah theme - Finalize!
  3. of Reception theme - Yet to finalize.
  4. Hantaran for him - One down. Yeay!!
  5. Draft letter untuk penyewaan dewan - Siap! To follow up by this week.
  6. Videographer + Photographer - Pening! Tak tau nak choose yang mana satu. Sighh. Ramai jugak yang talented. Jadi, pening sudah nak pilih. Sobs.
  7. MUA for nikah - Shorlisted ( Mahu perempuan tulen, ya! Heh )
  8. MUA for reception - Dah tetapkan dalam hati mahu dia ( To pay deposit after raya)
  9. Honeymoon - Its ON, babe! Wheeeee. (Tak kesahla mana-mana pun, dalam Malaysia pun boleh aje, ehe, yang pasti tunang bersetuju) Nak baby cepat-cepat. Tettt! haha.
Perasaan: Nervous sangat! B2b yang 12-8months++ nak kawen pun dah booked itu ini. I masih mood survey lagi. Mana tak nervous, kak! Takpela, biar lambat, asalkan pilihan adalah yang terbaik. Boleh gitu nak sedapkan hati aje? Hahaha. Takutnya!!!

Majlis bertandang: Saya malu nak ambil tahu, boleh tak? Nak tanya warna tema pun, saya malu. Huhu. October to survey bridal boutique kat Kuantan. Any suggestion, b2b dari Kuantan?


Harap Allah permudahkan semuanya. Amin.




Monday, August 23, 2010

Alert: Warehouse Clearance !!


Calling All Kaki-shopping!



Banana Republic

GAP

GAP Kids

Guess

Guess Kids

La Senza

Paint 8

Chronotech Watches

Gc Watches

Guess Watches

Marc Ecko Watches

Nautica Watches

Nike Timing

Nike Vision

VSA Watches

WHEN?

27th August 2010 : HSBC Credit Cardholders ONLY

28th - 29th August 2010: Open to Public

10am - 7pm


WHERE?

Parkroyal KL, Orchid Ballroom Level 2, Jalan Sultan Ismail

Kuala Lumpur

For more details: Here

Lepas Subuh, terus haku nak drive pergi KL, pacak depan ballroom terus.

Hahaha. Gigih. Nak raya kan. =P

Antara comment yang buat hati tak sabar nak pergi tengok-tengok. Hihi:

babe says:

yup yup, sure nak pegi, utk shopping raya!haha..
exa, so worth it!
last time i beli jam guess price Rm180 jer, range harga jam guess start from 150 – 250. sampai skrg masih pakai..ada byk baju2 & handbag..tak ingat price but mmg murah!
berbaloi pegi..
this time nak pegi area la senza, last time tak sempat..hehe


mak piah says:

haha aritu gi beli handbag jenama guess rm 20 hinggit je ….murah murah …sampai skrg masih pakai..ada byk baju2 & handbag..tak ingat price but mmg murah


aisyah says:

last time 2 piece rm50, some 2 piece rm70
but very2 nice choices..
just have to go on the 1st day
panties last time 10 for rm45
;)
bought RM500 worth of la senza stuff, until now using!

go early ok!


Two years ago La Senza bras were selling RM25/pc and RM60 for 3 pcs. Last year was RM30/pcs and RM80 for 3 pcs. I went on Sunday afternoon last year and they gave an additional 10 % discount cos it was near closing time. Thongs were going for RM5/pc. I’m not sure if they will increase prices again this year


harim says:

yup agree…
this sale is definately a must..

i bought a few pairs of Guess watches, at OMG cheap price!
listen to this, original price was at RM500++ and i bought the watch for only RM150 at this sale!

gila ke ape??? heheheheh


" Tapi, apa pun, berbelanja dengan cermat ya! Jangan membazir. I harap-harap ada jumpa kasut untuk pakai nikah nanti, Raoul shirt+cuff links untuk hantaran, Guess handbag yang murah dan praktikal untuk semua acara. Heh. Harus berjimat, wedding banyak pakai duit, woo! Huu ".



Saturday, August 21, 2010

Love-love-love

Suke la. =))



Berangan mahu candy/dessert buffet nanti untuk hari nikah.
Mahu buat sendiri-sendiri sahaja.
On deco part pun mahu buat sendiri-sendiri sahaja.
Tak apa la simple-simple aja pun nanti.

Tema untuk candy/dessert buffet nanti ialah "Love is Sweet".
InsyaAllah. =)

Terpandang ini, terus terfikir, mungkin boleh letak ini untuk cantik-cantikkan meja buffet nanti.
Dah kena dah dengan tema. Hihi.
Kalau la dapat jumpa Artcard corak polka-dot kan..
Mesti lagi comel love-love tu, kan?

=)
Idea lain, ada?






Wednesday, August 18, 2010

Tutorial: Table Centerpiece

*refer to previous post*
I rasa sangat bersalah, post diy tanpa tutorial. Since ramai berminat nak belajar nak buat bunga kristal tuh. Oh my. Senang nak buat, tapi, cara nya complicated sikit. So, i tak tau nak explain macam mana. How I wish, i punya camera yang canggih sikit, boleh record a video. So senang, i boleh letak video sahaja! Kan? Ish, ni rasa nak beli camera canggih sikit ni. Haha.
InsyaAllah, saya akan cuba draft nanti. Pray Hard.
*ok daa*


Jom, I share ini untuk semua.
Harap dapat beri sesuatu la untuk kamu semua yang nak DIY table centerpiece.
I cuba untuk buat tutorial pertama di sini.
Versi jimat cermat sedikit.
Centerpiece tanpa penggunaan vase.
Senang, kita main cucuk-cucuk aje.
Huhu.

Hasil dari bukan-pakar-gubah:


Ini dari amatur.
Percubaan pertama.
Yang tiada basic langsung dalam gubah-menggubah.

Ok, mari bertutorial secara langsung sekarang.

Bahan-bahan:

- span basah -
- bunga pilihan -
- aluminium foil -

Alahai, lupa nak edit letak numbering. Sigh.
Harap semua faham la nanti nak bercerita ni. Huu.

1) Potong span ikur size keperluan. Maksudnya, kalau nak centerpiece besar, boleh potong besar. Kalau nak centerpiece comel-comel, boleh potong kecil-kecil. Kalau nak macam I punya jugak, size ialah 7cm x 5cm.

2) Kemudian rendam span dalam air. Kalau nak tahan lama bunganya, at least 12hours before dah kene rendam dah. Cara rendam kene mula dari hujung span, jangan tekan span terus masuk dalam air. Hihi

3) Dah rendam, balut span basah dengan aluminium foil.

NOTE: Kalau nak buat centerpiece dalam kuantiti yang banyak, tak perlu potong span dulu, terus rendam. Dah nak gubah, baru potong span basah yang dah direndam tu.



4) Ini bunga yang i gunakan. Kekwa dan filler flowers.

5) Potong bunga pendek-pendek. Jangan terlalu pendek sangat. Pandaila agak. Huhu.

6) Hujung batang tuh, potong serong, so that nanti senang nak cucuk ok.

7) Yeay, dah boleh start gubah. Mualakan dengan cucuk bunga dari tengah span. Agak-agak nak tinggi mana centerpiece tu. Jangan takut-takut, cucuk aje! Hee.




8) Teruskan mencucuk. Bentukkan jadi bulat ok gubahan tuh. Kalau tak bulat secara 180deg, pun tak apala, asal dapat bentuk sudeyh. Haha.

9) Teruskan mencucuk lagi. Bunga kecil-kecil, cucuk mana-mana bahagian yang nampak tak penuh sangat. So nanti nampak la penuh. Huhuhu.

10) Ok, dah siap. Boleh letak filler flowers pulak kat bahagian tepinya. Sajela. Kalau tak nak letak pun tak apa. Ikut suka lah.

Taraaa!



11) Akhir sekali, boleh la, nak tambah name tag lagi ke kan. Nak letak gambar pre-wedding ke kan. Nak letak love poem ke kan. Apa-apa aje.

Senang je kan.
Cucuk aje. Dah siap!
Hihi.


NOTE: Boleh jugak nak selang-selikan dengan bunga rose. Lagi best kot! =) Atau mix with other colours ke kan. Contoh white-hot pink, white-blue, white-yellow. Try lah. Nak jugak tengok hasilnya. Hihi.

Ok.
Good luck!
To those yang nak DIY sendiri!
=))

P/s: How? Faham ke cara saya buat penerangan tutorial ini? Boleh buat lagi ke post tentang tutorial? Korang nak lagi? Hehe



Monday, August 16, 2010

My first DIY project




Ini wedding project saya yang pertama.

Pengalaman pertama.
Mula rasa sangat excited.
Half-way, saya mengantuk.
Boring buat sorang-sorang.
Lepas tuh, semangat datang balik.
Alhamdulillah, dah nak siap dah pun.
Hihihi.

Lepas ni, boleh start untuk next project pulak.



Friday, August 13, 2010

E-day: Official Photographer

Bulan Ramadhan ni, slow sikit nak update.
Lepas tarawikh, katil bagai melambai-lambai.
Hui, takut pulak duk imagine bukan-bukan. Hehe.

Hari ni, mari, I nak kenalkan Official Photographer I hari tunang I tempoh hari.
Dah basi kan cerita tentang engagement hari tuh.
Tapi, ada je permintaan untuk share lagi. I segan teramat sebenarnya.. =|

I sedikit rasa bersalah juga, letak gambar dari hasil tangkapan mereka tanpa give credit to them.
Lepas ni, I nak update balik all entry I yang I guna gambar hasil tangkapan dari mereka.

Official Photographer ialah Photofr3ak !

Senang berurusan dengan team Photofr3ak!
Dari mula sesi minta quotation sehingga ke akhir majlis, saya puas hati dengan mereka.
Alhamdulillah.

I can't afford to hire BIG NAME photographers in Malaysia.
*Save more for wedding!*
Tihihihi.
Tapi, jangan pula memandang sebelah mata pada mereka yang baru.

Hasil tangkapan yang sungguh memberangsangkan!
Lihat, lihat!

*click on the picture for better view*

Orang tak cantik, ehem sayala tu, pun nampak berseri dengan lighting yang bagus!
Angle yang cantik!
Tambahan pula editing yang tak-hilangkan-hidung!
Gambar bertambah super bagus!
Ahh, lega, jerawat ku hilang semuanya.
Haha. Tak takut la nak tepek gambar closed-up!
Ngee.


*click on the picture for better view*

Maafkan kami yang tidak fotogenik.
Bapak dan bapak saudara dah pesan banyak kali, haip, tak boleh ambil gambar pegang-pegang mahupun dekat-dekat. Hehehee.

Ini sesi outdoor.
Percuma katakan.
Haruslah GRAB! Hehehe.
Bagus Photofr3ak ni, tak berkira nak kasi FREE outdoor!
Dah la majlis cover dari makeup - posing dalam bilik - sesi perbincangan - sesi sarung cincin - sesi bergambar bersama family i dan bakal in laws - sesi bergambar bersama gadis dulang - sesi bergambar dengan sepupu pihak lelaki - sesi makan - haish semua la!
Berapa jam dah tu cover, ada lagi ajak saya pergi outdoor!
Memang la, super berbaloi, i tell u!
HiHi.

*click on the picture for better view*

Lepas tu, i ni memang gedik.
Suka tau, request gambar macam-macam.
Contoh ini. Hehe.
"Abg Azli, saya nak gambar dengan best friends saya..."
Takde nya membantah apa yang saya request.
Ambil gambar cantik-cantik ada!

Nak cerita, macam-macam yang saya request. Hehe.
Tapi, nanti nampak pulak macam saya ni, demand-nya la hai!
Hahahahahaha. Tutup cerita terus!

Memang sungguh berbaloi la apa yang saya bayar.
Album pun dapat cepat.
Ada 2 photographers pulak tu.
Tak sangka sangat, dia bawak team sekali.
Hebatlah!
Gambar pun banyak.
Ada 1200++ dalam DVD.
Pening tau nak pilih nak letak mana satu dalam blog.
Hahahahaha.
Randomly pick aje ni.

Nak cerita, yang diorang ni memang sangat-sangat I recommend-lah.
Dahla datang awal.
Lepas tuh, aktif sentiasa mengambil gambar.
Tak nampak diorang ni duk diam pun.
Saling bekerjasama antara team.
Seronoklah bekerjasama!

Banyak nak cerita.
Sebab memang puas hati sangatlah.

Salah satu yang boleh buat saya tarik nafas lega engagement tempoh hari.
Hehe.


Ada apa-apa boleh la email them to: photofr3ak@yahoo.com


Quote my name, nanti dapat discount!
Har Har Har.


Em, kalau ada budget lebih, tolong hire a photographer. Kalau anda mengharapkan adik/ahli keluarga kemungkinan banyak moment-moment akan terlepas. Seperti saya, saya rasa sangat berbaloi hire a photographer di hari tunang, sebabnya, adik saya sangat sibuk atur itu atur ini, tolong itu tolong ini, bekejar kesana kemari, walaupun saya tahu saya boleh harapkan dia ambil gambar saya. Tapi, itulah, dia pun sebahagian dari tulang belakang majlis, jadi, pastinya sibuk juga. Jadi, yang ada budget lebih, silalah, ambil jurugambar. Tak rugi!


*Semua gambar hasil dari Photofr3ak*




Wednesday, August 11, 2010

Photo-display


I always admire this kind of photo-display as part of wedding deco.


A photo tree.
Boleh dijadikan idea deco untuk guest book table nanti.

D.I.Y saje.
Cari ranting. Spray putih.
Cari clear vase.
Cari ribbon.
Tebuk lubang, ikat dengan ribbon.
Gantung.

Dah siap!






Monday, August 9, 2010

Contest bersama Puan Shalin

Puan Shalin buat contest masak-masak.
Jadi I pun sibuk nak join jugak.
Walaupun la kan, bukan taraf chef, tapi takpela, kongsi resipi. Hihi.

Ini batch yang Puan Shalin syaratkan untuk letak di blog:

Mari, mulakan sesi memasak bersama Cik Belle hari ini. Heh.

Sebab kita akan mula berpuasa pada esok hari, ini I share untuk juadah berbuka.
I tak tahu apa nama kuih ni, tapi tak pela, i kasi nama Sagoo-versi-Cik Belle.

Sesuai dimakan ketika sejuk.
Nak-nak lagi, letak ketulan ice dalam kuah dia, 'perghh', wa cakap lu.
Hahahaha.


Bahan-bahan:

(1) Sagoo

1 cawan sagu
3 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil pewarna apple green

(2) Untuk sos

Gula melaka
1 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
Daun pandan

Cara Penyediaan:

(1) Cara penyediaan sagoo-nya:

1) Masukkan air, sagu, gula dan pewarna ke dalam kuali.
2) Sagu hendaklah dikacau selalu.
3) Masak sehingga sagu berwarna jernih.




Dah jernih tuh, dah masaklah sagunya. =)
Letak dalam tupperware, sejukkan dalam peti sejuk.
Nanti nak makan, scoop aje.

(2) Cara penyediaan sos-nya:

1) Masukkan gula melaka, air, daun pandan yang disimpul ke dalam periuk.
2) Biarkan sehingga gula melaka larut. kacau jugak sekali sekala. Tak nak gula hangus sangat.
3) Setelah gula melaka larut, masukkan susu cair dan gula.
4) Kacau sehingga gula larut.

Dah siap. Letak dalam peti ais. Dah nak berbuka, boleh makan. Hehe.

Note:

1) Tak nak terlalu manis, boleh kurangkan gula.
2) Kalau terlebih manis, tambah air.
3) Depends pada gula melaka tuh, ada yang manis, ada yang kurang manisnya.

Semuanya terpulang. =))

Slogan: Resipi ini bersesuaian untuk Puan Shalin memasak kepada Incik Fahmi kerana ianya amatla mudah, memerlukan masa yang singkat, bahan-bahan yang mudah untuk didapati dan murah, sedap pulak tu untuk berbuka bersama. Kuih manis, tambah sejuk-sejuk pulak, memang semangkuk pun tak cukup. Hehe.

Selamat mencuba Puan Shalin!

Selamat berpuasa semua!
Moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.
InsyaAllah..

Malam ni, jom terawikh jom!




Sunday, August 8, 2010

Comel-nya!




Credit to: KameraKahwin

Instead of wedding badge semata, sematkan sekali ribbon ikut warna tema mungkin. White colour to be safe. Match dengan semua colour baju.

Owh, comel betul.
I tak tahu la bridesmaid i nanti nak ke tak nak, pakai badge bagai ni.
Ngee.

Ada bloggers nak jadi bridesmaid i tak?
tetibe nak promote. hahaaha.




Saturday, August 7, 2010

Aktiviti Hari Sabtu


Sabtu yang indah dimulakan dengan sesi berjumpa dengan bloggers.
Hehehehehe.
Nervous!

Ke MidValley, berjumpa dengan ElyaElmo and missbutterfly.
Nervous tak henggat. Haha.
Elya tinggi sangat. Dia relax je, i gelabah tak henggat. Haha.
missbutterfly - i tak recognise langsung dia ok. Haha.
Comel je nak tunggu I even I lambat beberapa minit.
Sempat borak-borak kejap dengan mereka dua yang comel ni.
Dari nervous terus rasa macam dah kenal lama.
Cerita itu cerita ini.
Nanti kita jumpa lagi, k?.

Cookies Elya sangat sedap!
I suka yang dark choc cookies..
Cookies dah 1/3 masuk perut I, baru nak sebok ambik gambar. Haha.
Adik I suka chop chip cookies.

Tak sempat tunggu raya ni, nak type blog pun nom nom nom..
Hehehe. Sedap.
Nanti nak raya, nak order lagi lah. Hehe.

Rasa terliur cookies ni, boleh la order kat Elya! hehe.
Quote nama Cik Belle, mintak discount. Haha.
*matilah aku, kene banned dengan Elya =p*

Order banyak-banyak bisa dapat discount!
=))


Lepas tuh, rushing pergi BangsarVillage.
Nak discuss pasal photographer ni:


Dapat tengok beberapa album.
Blogger tasya punya wedding, cantik sangat! =))

Cantik. Siapa suka candid, boleh hire mereka.
PR diorang yang entertain I.
Kami ke Delicious, bincang harga. haha.
Seronok, PR diorang ni bagus.
Banyak cakap, so takde la i diam tak berisi.
Gelak-gelak, korek gossip sana sikit. Haha.

Sayang, I tak boleh lama.
Kena rushing pergi Putrajaya pulak.
Ni lah bila u jadi wedding planner untuk ur own wedding.
Rushing sana rushing sini, perkara biasa.
Hehe.

Owh, nasib baik PR diorang bawak quotation dari ini juga:

Maaf, I tak berani nak disclose quotation ni to public.
Kang kena saman, tak kawin I.
Hahaha.




Wednesday, August 4, 2010

Bungga manggar

Idea for your bungga manggar:

Nak letak juntaian crystal tuh boleh?
Heh.


Tuesday, August 3, 2010

An award

Nora a.k.a Aira baik hati kasi I award ni:


Yeay!
Thanks Nora!
Nanti jemput datang my wedding ok.
Hihihi.

Terima kasih banyak.
=))




Sunday, August 1, 2010

Doily Paper

Petang tadi I went to Huda's Wedding. I yang paling lambat kot sebab other bloggers dah balik dah. I have 2 weddings to attend actually. Cuba jugak sedaya upaya untuk sampai ke wedding Huda. Dah belikan present, mesti nak kene sampaikan jugak kan? Sesat sikit sebab tak ingat jalan, dah sesat baru nak tengok map. Ahahaa. Konon terror la kan, choii! Nasib bawak kad Huda yang cantik itu dan membantu jugak akhirnya.

Doorgift:

Aww, super comellll!

Brown paper bag with doily paper and matching ribbon.
Simple yet adorable!

Then, I google image of doily paper.
Of course, for wedding purpose la kan..
Tihihi.


Source: Flickr








Source: Cupcake Wrapper

Kemungkinan, I pun akan guna doily paper during my wedding nanti.
Masih memikirkan untuk sesuatu.
Tatau lagi, nak guna untuk apa.
Hehe.



Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014