Thursday, June 24, 2010

of theme colour

Sekarang, kalau terjah bridal boutique aja mesti diorang tanya, tema warna apa?
I guess, penting la kan dalam menentukan warna tema ini.

Kalau Pak Abu, die mesti nak tengok baju pengantin colour apa dulu sebab warna pelamin harus contra dengan warna baju. Saya setuju dengan ini.
Atau, pendapat ini salah?
Anyone?

Jadi, saya cuba untuk guna pakai tips ini.

Hari saya bertunang, saya mahu segalanya pink-white.
Segala shades of pink.
Saya mahu semuanya pink.
Sampai hantaran pun saya mahu white+pink juga.
Roses pun i beli warna cherry pink. Hehe.
Kalau yang kenal saya, dia pasti tahu betapa taksubnya saya dengan warna pink.
Huhu. Kerana itu, sejak awal lagi, saya mahu pink di hari tunang saya.

Tapi, untuk wedding day saya, saya akan cuba untuk tidak memakai pink lagi.
Walau dalam hati, saya suka amat dengan tema warna majlis nikah cik nadia bayu.
Ye, warna pink. merah jambu. Owh, manis.

Kerana kain nikah sudah dibeli sebagai salah satu hantaran hari tunang lalu, secara automatiknya, tema warna hari nikah mestilah ada unsur silver/gray.

Warna utama: mestilah gray.


Pilihan 1: white+plum+silver


Pilihan 2: white+silver+red




Pilihan 3: tiffany+purple+white+gray

Pilihan 4: hot pink+shades of pink+purple+silver/gray




Pilihan 5: white+pink+gray

See, sampai 5 pilihan ada. Nanti, hari nikah, mesti warna kucar-kacir.
Bermaksud, colourful. haha.

I can't decide.
Mahu ada unsur purple.
Tapi, ada ke bunga warna purple selain orkid.
Mahu juga warna tiffany blue.
Unsur warna pink dan merah juga mahu.
See, i told u, warna tema mesti colourful.
Hahaha.


Pics credit to: The Perfect Palette








Monday, June 21, 2010

E-day: Tentang baju

Cerita sedikit tentang hari tunang itu hari lagi ya.



Kisah tentang baju pula.

Remember, I cakap I rasa I tak suka baju I, lepas I pick-up my baju?
I pandang banyak kali, masih i tak boleh nak terima baju i.
Dengan semua yang datang, I bercerita tentang baju i yang disaster.
Wahahaha.

Tapi, semua orang meng'deny'kan ia.
Kata mereka, cantik.
Dalam hati, tiada siapa akan kata ianya tak cantik.
Mungkin saja nak ambil hati.
Emosi dengan diri sendiri.

Tapi, lepas I tengok dalam gambar, I must admit that, I love my baju.
Thanks to those chunky beads.
If not because of the chunky beads, ianya akan nampak boring.
Plain. Kosong. Boring.
Belek magazine Eh! June edition pon, banyak designer bermain dengan chunky beads.
In rupanya! Ha-ha.
So, yeah, I love my baju!
Akhirnya.

Baju dan veil adalah hasil dari Qudyn Aziz.
Jahitan sangat kemas.
Fit dengan badan.
Tak geleber.
Cutting bagus.
Service bagus.
I suka..!

Khamis jam 1030malam, I pergi pick up baju I.
Esoknya Jumaat, baru terhegeh-hegeh nak cari tudung.
Bukan senang woo kerja last minute.
Haha.
Terpaksa akur dengan grab sahaja tudung paling hampir dengan warna baju.
I dah tak peduli, asalkan ada tudung. Itu sahaja.
Dan, Alhamdulillah, tudung itu buat I stand out sebab baju is soft pink.
So, tudung tu tolong naikkan aura warna baju.
Ok, I tau I tak bercakap macam budak fashion, di sini.
But, u get what i mean, kan?
Dengan kata lain, it suits with the baju!
Tihihi.

Cerita tentang tudung.
Sebulan sebelum hari tunang.
Saya ke M*H*****, di Shah Alam.
Maaf, saya tak suka PR mereka.
Seperti tiada chemistry di situ.
Jadi, terus berjumpa Qudyn dan mintak dia buat veil sekali.
Tudung, i cari sendiri.
Denga perca kain, saya jaja cari tudung yang sesuai.
Bukan senang nak cari, tanpa baju siap.
Lebih senang tempah dan serah segalanya pada yang pakar, sebenarnya.
Hee.

Initial plan, nak pakai tiara tudung tuh.
Yang tepek kat bahagian tepi kepala.
Tapi, apakan daya, sewanya sahaja adalah RM50 (including veil).
Jadi, saya kata, tak apalah, veil dah tempah.
Tak jadi nak sewa.
Sebab kena ambil 2-2 sekali, veil+tiara.
Sedapkan hati, less is more.
Haha.
Lagipun, kita save for nikah nanti.
Hoho.

Sebab susah nak jumpa pic baju full view, presenting, Cik Belle!

Berdebar betul.

Boleh?
Haha.Gedik la.



Hye All!
=))

Salam kenal..
tihihi


Eyh, eyh, tak cukup plak.
Nah lagi.
Haha.


Semua picture adalah dari ehsan kawan-kawan dan saudara-mara.
Dari official photographer belum dapat lagi.
Nanti, kite upload lagi ok.
=)


Sunday, June 20, 2010

Crystal hand bouquet

I'm thinking of to start my first DIY wedding project.

Apa dia?

Crystal hand bouquet
=))

Ini dari faradiba. Hebat bukan?



Nak tahu tak, start dari wedding Dato' Siti lagi saya sudah berangan mahu crystal hand bouquet ini. Memang jatuh cinta pandang kali pertama la orang kata.


Lihat, lihat, menarik bukan?

Google for other images, ini berkenan di hati:




Source: Flowers Pic

Simpan buat rujukan di masa hadapan.
Huhu.
Harap berjaya untuk direalisasikan.
Heh.




Thursday, June 17, 2010

Tentang kursus kahwin


Sijil Kursus Kahwin, penting kan untuk buat permohonan berkahwin?
*correct me if i'm wrong*

My plan is to attend pre-marital course ni di Putrajaya.
Sebabnya, sebulan sekali my other-half ada kursus di ilsas.
Sebab gatal nak pergi sama-sama, *hehe* kena pilih area yang berdekatan dengan ilsas.
Jadi, saya rasa Putrajaya adalah pilihan saya.

Been google-ing about kursus kahwin di Putrajaya, cuma berjumpa dengan dua tempat ini sahaja:

Kursus Pra-perkahwinan Al-Shahir, Presint16
Kursus Pra-perkahwinan P


- So far, good review from people yang dah attend kat tempat ni. Cuma, ada part yang mengantuk-mengantuk. Normal la kan, ceramah di siang hari. Ha-ha. -



Kursus Pra-perkahwinan, Presint 9


- Hasil carian di Google, tiada review. Masih baru lagi agaknya. -




Tapi, macam berminat pulak nak attend pre-marital course di sini:

Kursus Kahwin by Siarra & Dinderk



*Pic credit to: Diah*

Schedule untuk Day-1 and Day-2 pun dah diterangkan dalam web S&D.
Sebab tak pernah attend kursus kahwin, tak pasti tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah sama dengan semua tempat.
Saya tak pasti.

Tapi, fee sama sahaja dengan semua tempat, RM80.

Saya mahukan ilmu/input yang best yang penting.
Dan keselesaan.
Bab makan tuh, tak apala, tak ambil pusing sangat.





Wednesday, June 16, 2010

Lelaki, memang begini?


He told me that he just bought a new PSP tadi.

Hati I remuk.

Dalam hati I,"Eyh, tak nak kawen ke mamat ni"

Lelaki memang macam ni, ke?
Dia memang tak risau ya tentang perbelanjaan wedding nanti?

Bab money memang sensitif to discuss, kan?
Tapi, macam mana ya, nak sedarkan dia tentang, banyak lagi nak pakai duit ni.

Honeymoon faham, honeymoon?
Haha.
Kursus kahwin pun tak pergi lagi, ada hati nak bicara tentang honeymoon.
Tihihi, maaf, teruja terlebeyh.

Adui, pening.

Kang ditegur, merajuk.
Yelah, duit gaji dia kan.
Bukan duit I, pun.

Nampaknya, I kena susun strategi ni.


=p




Tuesday, June 15, 2010

E-day: Doorgift

Ini tentang doorgift.
Initial plan, cuma mahu cari doorgift yang below RM1.
Wahaha. Now, call me cheapskate!

Tunang aja pon kan.
Save more for wedding!

Tapi, puas fikir nak kasi apala.
Ada jumpa muffin yang murah.
Tapi, bila dah tambah dengan cost packaging, melebihi pula.

Jadi, blogwalking dan teruja, rupanya ada cupcakes yang below RM2.
Perfect!
So, I made up my mind and propose to my mom.
She agreed.
Bermula nya sesi mintak quotation.

Dan akhirnya, saya pilih totcupcakes.com
It comes with free TQ tag and ribbon.
But, I want to personalize my own.

Jadi, seminggu sebelum my e-day, I tanya kawan I whether she can design me a TQ sticker.
Alhamdulillah. Dia boleh.
I gave her my design and wordings.
She edit and print them for me.
Then, post to me.

Dia actually own a printing company.
Dia boleh buat economical wedding card, wedding banner, TQ tag, TQ sticker.. semuala.
Dia juga seorang lecturer.
Cuma dia buat part time job printing-printing ni. Hehe.
Anyone interested boleh tengok dia punya flickr page:


but, i guess dia tak update sangat.

or else, email her at:

sirehpinang01@yahoo.com

InsyaAalah, dia akan discuss ttg budget u semua.

Sangat mudah dan pantas berurusan dengan dia.
Dia provide quiet a number of designs jugak kat i, tapi, i prefer my own.
Hehe. Design dia semua cantik-cantik, cuma tak kene dengan cupcake i je.
So, Alhamdulillah, TQ Sticker I di sponsor sepenuhnya oleh kawan I.

Kan plan asal nak letak ribbon sendiri, tapi my auntie tak setuju sebab its too late nak ikat-ikat ribbon semua.
Sebab ada 200pcs.
Jadi, makan masa kata nya.

So, sekali lagi, i redha.
Menyesal tak mintak kak ellin sediakan ribbon.
Hohoho.

The cake, seriously, sedap.
I makan tak cukup 1.
Nak lagi.
Huhu.
Cream dia tak berapa manis.
Just nice.
I suka.

Dari tetamu besar, ke tetamu kecil, semuanya suka.
=)
Happy bila semua orang happy.
=))

Habis majlis, tinggal less than 20pcs sahaja.
Pack kasi cousins I yang tak dapat datang, kasi jiran-jiran, dan untuk kawan-kawan mama I di ofis.

Alhamdulillah, takda pembaziran berlaku.
Bila kita ikhlas memberi, InsyaAllah, lagi banyak rezeki selepas ini yang datang kan?
Yang penting, ikhlas dan ikut kemampuan masing-masing.
Saya? Hanya mampu beri cupcake comel ini sahaja.
=))








Monday, June 14, 2010

E-day: Tentang perjalanan majlis

A day before was a hectic. Terlalu banyak kerja-kerja last minute nak saya settle sendirian. Being the only daughter in the family, i don't have sister(s) to accompany me to do the preparations. Semua with my dear mom. Hence, nak pick-up bunga, pick-up cake, pick-up sireh, beli buah, semuanya di bahu saya. Penat tok sah cerita. Adik-adik saya pon sibuk. They have to pick-up doorgift, pick-up cousins, tunjuk direction to hotel, so sama, kena jadi runner jugak. Haha.

Sampai kedai nak tutup, saya masih berkejar-kejar ke sana ke mari. Sebabnya, banyak benda tak cukup lagi. Like bekas untuk letak span basah tuh. Serius tak teringat langsung, sebabnya i was thinking to wrap it with aluminium foil sahaja. But, my auntie kata nanti bocor. So nak tak nak, terpaksa ajak my cousin drive pusing area rumah cari bekas span basah itu. Cuma dapat 2 bekas sahaja. Redha.

Pulang ke rumah, terus mengadap hantaran pula. I'm using fresh flowers, jadi nak tak nak, malam sebelum hari majlis adalah 'hari terbaik' untuk mengubah, i guess. Hoho. Jadi, serah kepada auntie-auntie. They were responsible to arrange flowers sahaja. Sebab semuanya I dah deco a week before. Even dah delegate tasks, saya masih nak tengok hasil kerja mereka. Risau tak menepati citarasa. Hoho.

Pukul 4 pagi, baru saya melangkah masuk ke bilik tido. Tapi, tidur pon tak lena. Banyak benda yang saya fikir. lebih kurang pukul 7 mcm tu saya dah bangun. Adik-adik saya tidur. Jadi, saya terpaksa pergi pick-up nasi lemak yang diorder oleh my mom untuk breakfast buat semua.

Tentang makan, memang tak lalu. Hari sebelumnya pun, saya cuma makan nasi tengahari tu sekali sahaja. Hari majlis, saya cuma makan nasi lemak separuh pinggan sahaja. Tak lalu i tell u.
Huhu.

Pukul 11 saya mandi lagi sekali lagi. Dan tunggu makeup artist saya datang. My bestfriends 2 orang dah sampai. Dan terus I kasi kerja tolong gubah centerpiece. I tunjuk contoh satu, the rest, i serahkan pada mereka. Alhamdulillah, saya suka outcomenya. Hehe.

Dalam pukul 11 lebih, makeup artist saya datang. Awal. Bagus. Sebabnya sebelum ni, she told me that she will arrive here around 12pm. Terawal sikit. Start dah makeup, saya dah redha semua sahaja yang berlaku kat bawah. Saya dah tak nak ambil tahu apa terjadi kat bawah. Carpet dah susun ke belum, caterer dah susun glass ke belum, rumah dah vacuum ke belum, saya dah tak mahu ambil pusing! Haha. Saya redha seredha-redha nya apa sahaja yang akan berlaku.

Saya cuma enjoy muka saya diconteng sana sini. Sikit pun saya tak toleh di cermin. Sekali lagi, saya redha. Dan hasilnya, taraaa:

Saya suka amat!

*pic dari camera adik saya*

Nanti kita review pasal makeup pula ya! =)) Ok, sambung cerita debar pula. Hoho

Dalam hati, i dah start makeup, where's my photographer. Tertanya-tanya dalam hati. Lantas, i beritahu pada cousin i, suh mintak dia cari adik i and please cover for my makeup. And Amlhadulillah, part of the process, adik i cover. Tapi, tak lama pun, photographer pun dah sampai. Alhamdulillah.

Saya amat suka cara mereka bekerja. Later, kita review tentang photographer pula ok. =) They deserve my credit here. =))

Lepas makeup, i dah tak turun-turun, sesi bergambar dalam bilik sahaja. Sesi simpan perasaan debar dalam bilik. Thanks to my dear bestfriends yang teman i dalam bilik. I practise how to hulur tangan, how to walk, how to sit, semuanya, dalam bilik. Haha.

Then, suddenly, adik i terima call, beritahu rombongan lelaki is on their way dah! I was like, oh my, oh my, oh my.. Seram sejuk dibuatnya. Serius, berdebar sangat-sangat. Nak attend interview pon I relax aja. Haha.

So, I just left with my bestfriends in my room. My dayang-dayang tak siap lagi. My aunties pon tak siap lagi. Dalam hati, dah, i tak nak fikir dah. I cuma selawat tak henti-henti, mohon semuanya selamat. Dayang-dayang was supposedly to receive the gifts from his side untuk dibawa masuk ke dalam rumah. That's why I rasa sangat berdebar sebab mereka tak siap makeup lagi. Sekali lagi, i redha apa sahaja yang akan berlaku. I know, there will be someone yang akan take care situation itu. Haha.

Then, I tak pasti pukul berapa, my mom and my auntie-auntie naik mintak i turun. Gulp. Blur. My dayang-dayang da get ready with hantaran from my side. They were awesome. They waited for me and after dah nampak i kat belakang mereka, mereka turun one by one and followed by me yang last. My mom pimpin tangan I dan bawa I turun dan duduk dengar sekali perbincangan.

Dalam hati, eyh, bukan ke i tak boleh dengar perbincangan ni. Haha. Tapi, maybe adat belah Johor, dia nak tengok gadisnya yang mana satu. Dah dengar perbincangan, tepat jam 2.45pm, i dipanggil untuk disarung cincin. My auntie yang sulung, bring me to pelamin. Tunduk malu, adjust badan secomfortable yang boleh. Haha.

Then, his mom brought his nenek to mini pelamin untuk sesi sarung cincin. Nenek dia mintak tangan, baru i hulur. Hahaha. Malu weih, tok sah cerita. Segan nak tengok orang sekeliling. I cuma tunduk sahaja. I cuma tengok camera terlalu banyak snap-snap kami kat atas pelamin itu. Lepas tuh, i turun dan salam dengan semua tetamu perempuan yang datang. Ucapan tahniah dan sesi berkenalan dengan pihak sebelah lelaki. his mom yang kenalkan, ini maklong, ini makngah, ini maksu and the list goes on..

Lepas tuh.. sesi makan dan sesi bergambar. Hehe.

Panjang sudah. I have to stop here.
Satu sahaja, Alhamdulillah, semuanya lancar dan harap ke stage seterusnya.
InsyaAllah.


E-day: Centerpiece



I tak tau nak update tentang apa lagi, since menunggu photo dari OP.
Jadi, ini yang diambil dari camera adik saya.
Dia student photography, baru lagi.. diploma level sahaja.
Ok, enough. Cerita tentang centerpiece ini.

Vase dibeli dari kedai RM2.
Jadi, harganya cuma RM2.
Saya memang budget. Ahaha.

Dalamnya, untuk cover batang-batang bunga itu, saya letak gel warna crystal clear.
I rasa, lagi lawa kalau layer with 2 colours kot. Maybe crystal clear dengan pink juge ke kan.
Gel ni kecik-kecik, bile rendam dalam air, die akan jadi besar.
I beli 2 packet untuk 8 biji vase. Tapi, tak cukup.
Dah tak sempat nak keluar. Jadi, redha sahaja. Haha.
1 packet gel = RM2.

Tentang bunga nye pula.
I beli bunga kekwa aja.
Beli depan rumah sahaja.
1 batang = RM1.
1 batang ada banyak bunga.
Pilih bunga yang kembang-kembang.
Saya cuma beli RM10 = 10 batang sahaja.
Mix with hot pink and white.
Cukup untuk 8 biji vase.
Terlebih-lebih lagi.

Bunga digubah oleh bestfriend saya, Izyan.
Lovely, i must say!
=)
DIY sajorh.
Tunang aja pun kan.
=))

Jadi, kalau mahu centerpiece yang murah, si budget macam saya, guna kekwa sahaja.
Murah. hahaha.

Total cost: (RM2 x 8)+RM10+RM4=RM30
Per centerpiece = RM30/8 = RM 3.75


Inspired from this pic:

Hehe. Tapi, daisy katanya mahal sikit.
Betul ke eyh?

Saya bermurah hati nak kasi pinjam vase RM2 saya ni.
Free sahaja.
Ada b2b dari Seremban/ Senawang nak pinjam?
Cuma ada 8 unit sahaja la tapinya.
Hehe.
Email me!




Sunday, June 13, 2010

Alhamdulillah


To all of you yang menantikan update from me, here it is:


Alhamdulillah.
Semuanya berjalan dengan lancar.
Thanks to each and everyone of u yang doakan i, for the wishes, for ur words yang tenangkan i, for all the comments from semua, for all emails yang i tak sempat nak reply lagi - i do read semua email yang diterima sebelum hari majlis, tapi apakan daya, i tak sempat nak reply. Thank you! You know who u are. *wink*

To my lovely mom, thank you mama!
To my dad, thank you bapak! - sebak tengok anak dia dah nak jadi tunang orang! Haha.
To my brothers, thank you jadi tulang belakang majlis.
To my aunties, my cousins, my friends, and all yang terlibat, thank you semua!
They were awesome!

p/s: nak update ape dulu pon tak tau. =p




Saturday, June 12, 2010

Approximately 1 month to go

**This is a sticky post.Scroll down for newer posts**



Ticker shows:



.Panic.
.Attack.


Tihihi. Tapi, dalam hati sukanya la hai. Huhu. Gedik ni! Wahaha. Okla, since it is about 1 month to go before the day, here is the checklist:

*Update: 10 June 2010*
  1. Baju Tunang : Done! Note: To be collected on Thurs/Fri
  2. Veil/Tudung/Kasut: Half-done
  3. Makeup: Done! Note: Deposit paid
  4. Photographer: Done! Note: Deposit paid
  5. Mini pelamin + Stairs deco: Done! Note: Deposit paid
  6. Hand bouquet: Done! Note: Deposit paid
  7. Caterer+Canopy: Done! Note: Deposit paid
  8. Doorgift: Done! Note: Deposit paid
  9. TQ Tag/ Sticker/ Ribbon to deco: Done!
  10. Room deco: Pending
  11. Dulang hantaran+Alas: Done!
  12. Hantaran (From me to him):
  • Cincin:Done!
  • Personal care product: Done!
  • Chocolate: Done!
  • Cake: Done! Note: Deposit paid!
  • Cookies: Done!
  • Kain nikah: Done!
  • Sampin: Done!
  • Fruits: Pending
  • Sireh junjung: Pending
  • Additional 1
  • Additional 2

Hui, banyak lagi tak siap. Sigh. Anything else left out tak? Sebulan sahaja lagi, sangat berdebar. Si other half pon tak tempah lagi baju tunang die. Sigh. Cincin untuk I pon masih tak dibeli lagi. Double Sigh. Bukan senang kalau PJJ (perhubungan jarak jauh). Huhu. Sebulan sekali aja berjumpa, itu pon kalau si other half ada kursus di ILSAS, Kajang. Survey cincin pon, masih belum jumpa yang berkenan di hati. Bukan senang yer rupanya nak mencari cincin.. Sigh..




Thursday, June 10, 2010

Tekanan perasaan

Saya rasa saya tak suka baju saya.

Saya dah cakap, jangan buat chunky beads.
Ada jugak.

Saya dah cakap, veil mahu pendek sahaja.
Tapi mak datuk, panjang gella.

Jadi sekarang?
Redha ajala.

Simpan Rizman Ruzaini dalam hati nampaknya sekarang.
Hahahahhahaha.
Berangan tak sudahhhhhh!

Lagi satu hari.
Seperti tiada perasaan.
Sebab, initially tak mahu majlis tunang pun.
But, being the only daughter in the family, my parents insist to have.
Dan dia, lelaki sulung dalam family, parents dia mahu merasa meminang itu bagaimana.

Jadi, ala kadar sahaja, buat yang termampu.
Untuk memenuhi impian parents kami berdua.
=)





Monday, June 7, 2010

Hantaran: Sugar cookies

I'm so excited to blog about my cookies that I ordered from CupcakesChek. Dah selamat tiba pagi tadi. Hehe. The owner was so kind to give extra 2 pieces of cookies untuk rasa-rasa. Hehe.

Sampai aja rumah, terus terkam nak gigit cookies. Hihi. Bukan sahaja comelll, tapi sedap!! Nom, nom, nom, tak cukup satu. Mahu lagi dan lagi dan lagi. Timbul rasa menyesal order sikit aja. Sigh. Sampai adik-beradik geram nak gigit sama, I cuma kasi satu sorang sahaja. Haha. Kesian mereka, dapat kakak kedek macam I. Huhu.

Then, terus excited nak 'gubah' jadikan hantaran. Bersemangat sungguh ok! Dan, hasilnya.. Huhu. Simple sahaja. Malu nak preview lebih-lebih. =))



Dan, sekarang you all dah ada idea la kan, rupa hantaran saya. Hehe. The theme colour is pink+silver+white. Simple-simple sahaja semuanya. =))

Owh, hampir terlupa. To those yang query about cookies size, ini comparison yang I boleh buat. Besar. Lebih besar dari syiling RM0.20. Haha. Takde syiling RM0.50. Maaf ya! Sangat-sangat puas hati dengan size-nya, rasa-nya, service dari Kak Ayu dari mula berbalas email hinggalah dah selamat deliver. Memang tip-top! HIGHLY RECOMMENDED!

Besar, memang puas hatilah dengan harganya! =)

=)





Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014