Kite cerita pasal Tanah Abang la plak k. Hee.
Tanah Abang sangat besarrr. 10tingkat ok. kedai nyer kecik-kecik. sempit. i pergi hari bekerja, so xramai sangat org. ramai jugak tp takdela sampai berhimpit. kalau weekend, u can expect the crowd macam mane la
Tips: Kalau ade banyak cuti, elakkan hari minggu. hee.
Tak payah membazir masa dok tawaf setiap satu tingkat. I punyer la tawaf dari tingkat 7 sampai ke basement semata nak tengok what they offer for each floor. Gigih ok. Tingkat 8 ade foodcourt. Besar dan bersih. I cuma beli dessert je. Sebab dah penuhkan perut time breakfast. So, kalau ur hotel ade provide breakfast, makan kenyang2. Takkan rasa lapar sehingga pulang ke hotel. I macam xpe tak makan pon, asalkan dapat tawaf TA tu. ahaha. Tapi, sebab datang dengan parents, kena banyak bersabar.. Memang pelancong habislah.Marathon shopping tak wujud la.
Kalau sampai TA, terus turun pergi Lantai B1 and B2. Basement floor. Lantai ni baru heaven. Basement ni banyak jual telekung sulam-sulam, kebaya and kurung sulam, lace, n kain ela.
Telekung kat sini kene survey harga elok-elok. Sebab ada yang bukak harga tinggi. Banyak jugak kedai telekung yang I dok survey, bile da jumpe harga yang menawan, ok terus ngaku kalah dan borong terus. Telekung sulam, paling murah I boleh dapat, IDR85k. Kedai lain, rata-rata kasi IDR120k ke atas. Ini, I beli untuk kasi gift kat makcik-makcik. Kalau yang nak kasi untuk hantaran, harga dalam IDR200k dah boleh dapat yang cantek sangat. Ada jugak yang mahal, sampai IDR800k, tapi sulam die berat. Bile sarung, rasa berat kain tuh. Hehe.
Tips: Kalau nak beli telekung, make sure bukak satu-satu. Sebab ada yang kainnya pendek. So, better bukak dulu dan ukur tang tu jugak. Memang xde fitting room ke hape. Huhu.
Next, kebaya sulam. Sungguh banyak. Dan rata-rata kasi harga IDR130k sepasang. Ni set kebaya yang belum jahit lagi la. Kain yang jenis sutera tuh. Cantek dan murah. Harga disebut belum nego lagi. Ada yang kasi IDR100k. So, survey banyak-banyak. Tapi, memang da murah sangat la tuh compared kat sini. Kalau u kaki bisnes, borong dalam 10helai, balik jual kat Malaysia, dah boleh cover untuk hotel kot. Heh.
Kat TA ni ade jugak jual baju ala kaftan. Murah. IDR150k (Belum nego). So, kalau agak nak sponsor baju untuk dayang-dayang ala kaftan, boleh la beli siap kat sini. Diorang pon boleh jahitkan ikut colour ape kite nak. Cantek.Macam Innai Design. I da berfikir-fikir nak belikan untuk bridesmaid. haha. Tapi, kena mintak persetujuan dari mereka semua la. Kat sana, diorang panggil Longdress. I amek satu je gambar, takut kene marah. Haha. Actually, banyak lagi design, dengan manik-manik. I suke. =)
Lace, I rase better pergi beli kat Mayestik. Next entry, I cerita pasal Mayestik ok. Lace kat TA lebih kurang je kat Mayestik. Tapi, kat TA susah nak nego giller-giller. Maybe skill I tak bagus sangat. Lagipon, kat TA, kedai kecik-kecik. So macam tak selesa nak pilih-pilih dan tak banyak pilihan. Ade jugak I beli lace kat TA. Bukan french lace la. Lace yang murahan aje. haha. Saje nak pakai untuk ke kenduri kawen. 1 meter, lace murahan ni IDR25k. Satin silk tuh IDR8k. So, total satu pasang baju, lepas nego-nego, I dapat IDR60k sepasang. I beli 3 pasang. Convert duit kite, tak sampai RM25 sepasang. Ini lace murahan la. Lace yang cantek sikit, lebih lembut, jatuh elok je, IDR35k semeter. Kat TA, susah nak nego untuk lace. Sebab rata-rata memang letak lace IDR35k semeter untuk kualiti lebih lembut tuh. Tapi ni da ok, sebab ade lace kat Jakel, keras bukan main. Yang ni, even, xsampai RM25 pon, dah cantek dan lembut. =)
Lace dah.
Souvenirs plak. Kalau macam ade nak kasi goodies bag, boleh la beli dompet batik tuh ke, dompet songket china tuh pon ade, kipas batik, compact mirror, macam-macam la. Memang murah. Price range from IDR50k – IDR100k untuk quantity 50 – 100. Bisa tawar lagi ya. Yang IDR100k, boleh tawar sampai IDR75k. I beli dompet batik and keychain je. Dompet ni IDR50k untuk 50pcs. So satu dompet, dalam RM0.40. Tapi, kat Mangga Dua lagi murah mende-mende nieh. Kalau nak beli jugak kat TA, cakap je, semalam saya pergi Mangga Dua, die kasi IDR50k je. So, nanti orang tuh akan tawar murah sikitla. Haha.
Langsir pon ade kat sini. I saje-saje tanya, kain organza yang ada sulam tampal tuh, IDR35k. Harga belum nego lagi. Boleh jugak tempah jahit kat sini. Siap dalam 2 hari. I tak ingat langsir kat Nilai yang kain organza berapa ringgit semeter. Kalau tak boleh i komen murah ke mahal. Heh.
Men’s t-shirt pon murah. Lagi murah kalau beli in-bulk. Macam t-shirt kenangan dari Jakarta tuh, IDR50k untuk 3 helai. Beli dalam bangunan. Kualiti pon bagus. Kalau beli kat luar bangunan, die cekik betul-betul. IDR25k sehelai. 5 helai pon mintak IDR110k. Mahal. Jangan tertipu. T-shirt kenangan Jakarta ni ada kat lantai 6. Otherwise, better pergi Mangga Dua je beli. Senang, terus letak tanda harga. So, tak tertipu. Heh.
Tips: Make sure bukak plastic satu-satu, sebab ade yang saiz kecik untuk budak. Check dulu yer t-shirt tuh.
Kat luar bangunan TA, ada macam pasar. Tengah jalan2, jumper rozet dari kristal. Da siap pin da pon. Cantek. IDR1500 satu, if convert to RM, dalam RM0.55sen satu. Beli banyak dapat murah lagi. Hee. Buatannyer pon kemas. Tak longgar ke ape. Menyesal I tak beli. Eyh, kalau ade sesape nak pergi TA, I nak pesan ni. =) Ada macam-macam warna. Kalau takde tema lagi, beli je crystal clear nieh. senang nak match dengan semua colour. Lepas tuh, boleh turunkan dekat sepupu-sepupu yang lain.
Ok, cukup da pasal Tanah Abang. Kesimpulannya, kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak TA is the best. Lepas tuh, kalau nak beli barang kelengkapan untuk kawen-kawen, terus turun lantai basement. Jangan bazir masa macam I. Haha.
Ok, next entry, pasal Mayestik and Mangga Dua.