Tibe-tibe rasa berdebar. Kerana apa? Lagi few days da nak masuk 2010. Takut, takut, takut. Hihi. Bukan apa, si teruna agree on June dia akan hantar rombongan. Tapi itulah, kami masih tiada date nye lagi. Errghh. Susahnya bila takde tarikh nak book itu ini terpaksa hold dulu.
I love everything to be perfect bukan suke suke tangkap muat aja, bukan asal ado je. Tapi, itulah, bila ajak discuss bersama si teruna, die everything pon relax relax relax dulu. Adoi.. I kalut kot. Huhu. Si teruna lagi excited nak beli barang hantaran untuk kahwin dari persiapan hari tunang. Adoi lagi.. Kenapa die terlalu advance ni, sedangkan kahwinnyer tiada tarikh lagi. Triple adoi..
Mungkin kerana kami PJJ (percintaan jarak jauh), agak susah nak berdiskusi bersama. Half of the day, dia akan sebuk bekerja dan outstation sana sini. Bila malam, sebok bersama family pula. Dan tak boleh blah, bila die sebok dengan PS3 nya. Adoyai..
Fikir dari sudut positif, 6 bulan satu jangkamasa yang panjang. InsyaAllah, di permudahkan perjalanannya. Even ada yang buat preparation sependek 2 bulan dan berjaya aje. Huhu. Am praying for the best. Ameen.
maaf, terlari dari tajuk persiapan hari besar. =)