Monday, August 9, 2010

Contest bersama Puan Shalin

Puan Shalin buat contest masak-masak.
Jadi I pun sibuk nak join jugak.
Walaupun la kan, bukan taraf chef, tapi takpela, kongsi resipi. Hihi.

Ini batch yang Puan Shalin syaratkan untuk letak di blog:

Mari, mulakan sesi memasak bersama Cik Belle hari ini. Heh.

Sebab kita akan mula berpuasa pada esok hari, ini I share untuk juadah berbuka.
I tak tahu apa nama kuih ni, tapi tak pela, i kasi nama Sagoo-versi-Cik Belle.

Sesuai dimakan ketika sejuk.
Nak-nak lagi, letak ketulan ice dalam kuah dia, 'perghh', wa cakap lu.
Hahahaha.


Bahan-bahan:

(1) Sagoo

1 cawan sagu
3 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil pewarna apple green

(2) Untuk sos

Gula melaka
1 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
Daun pandan

Cara Penyediaan:

(1) Cara penyediaan sagoo-nya:

1) Masukkan air, sagu, gula dan pewarna ke dalam kuali.
2) Sagu hendaklah dikacau selalu.
3) Masak sehingga sagu berwarna jernih.




Dah jernih tuh, dah masaklah sagunya. =)
Letak dalam tupperware, sejukkan dalam peti sejuk.
Nanti nak makan, scoop aje.

(2) Cara penyediaan sos-nya:

1) Masukkan gula melaka, air, daun pandan yang disimpul ke dalam periuk.
2) Biarkan sehingga gula melaka larut. kacau jugak sekali sekala. Tak nak gula hangus sangat.
3) Setelah gula melaka larut, masukkan susu cair dan gula.
4) Kacau sehingga gula larut.

Dah siap. Letak dalam peti ais. Dah nak berbuka, boleh makan. Hehe.

Note:

1) Tak nak terlalu manis, boleh kurangkan gula.
2) Kalau terlebih manis, tambah air.
3) Depends pada gula melaka tuh, ada yang manis, ada yang kurang manisnya.

Semuanya terpulang. =))

Slogan: Resipi ini bersesuaian untuk Puan Shalin memasak kepada Incik Fahmi kerana ianya amatla mudah, memerlukan masa yang singkat, bahan-bahan yang mudah untuk didapati dan murah, sedap pulak tu untuk berbuka bersama. Kuih manis, tambah sejuk-sejuk pulak, memang semangkuk pun tak cukup. Hehe.

Selamat mencuba Puan Shalin!

Selamat berpuasa semua!
Moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.
InsyaAllah..

Malam ni, jom terawikh jom!


22 comments:

  1. oh begini rpnye masak mnede ni.. aritu first time mkn kt resort mnde ntah company byr.. sedappppp x hengat. tq cik belle. leh try pasni..

    ReplyDelete
  2. eh eh ada contest best. nak join lawan cik belle la :DD

    p/s: baru tukar template yer

    ReplyDelete
  3. Aifa: hehe.. sedap kan.. susu cair tuh boleh jugak kalau nak tukar letak santan pekat.. tp kene masak betul-betul, takut cepat basi nanti. hehe.. senang pakai susu cair jerk. huhu..

    senang je aifa nak buat kuih ni. tak memerlukan kepakaran taraf chef 5 bintang pun. huhu..

    mysarah: huhuu.. marilah kita lawan, sarah. hahahaha. dapat hadiah untuk raya nanti tau! syiok syiok..

    sarah nak masak apa tu.. ehehee.. haa, tukar template. haha. pening jugak tengok. lepas tuh tak tau dah nak tukar balik yang asal macam mana. hahaha.

    ReplyDelete
  4. farahfatihah: kann.. uhuhu.. simple je pun cara nak buatnya. huhu.. farah ade resipi? share jom. ehehe

    ReplyDelete
  5. heheheh..nanti puan shalin try eh!

    ReplyDelete
  6. waaahh..cik belle pandai masak! bertuah bakal suami..agagaga..

    ReplyDelete
  7. hana yoriee: haipp. hahaa.. tak pandai masakla.. kari pun tak tau masak cene. hahaahaha. dah bocor dah rahsia cik belle tak pandai masak kari. haha. tapi suke sangat la buat makanan nganrut-ngarut macam kek ke muffin ke.. haa tu suke.. haha.

    ReplyDelete
  8. ::owh mcm ni ker?adik nasya suka mkn..nak try lah..thnkz cik bell..nak try masuk contest ni leh ker?:P..::

    ReplyDelete
  9. syanaim: huhu.. adik kite pun suke.. hehe. sya, join la contest ni sha.. boleh share-share resipi. huhuhu

    ReplyDelete
  10. ::ha nanti nasya try cr resepi yg special..huhu..x lah se terir mana pun..:P..::

    ReplyDelete
  11. wahh..thnks..mmg dah terngiang2 kat kpala nak mkn sagu2 nih..
    hehhe...thnks 4 d resepi...=]

    ReplyDelete
  12. hahaa..mentang2 msk bulan puasa terus ckp psl kueh2 yer..nnti i share resepi akok.hahahaha...(tipu jer xreti pun)

    ReplyDelete
  13. cik belle..pandai masak upenye.
    nt leh share lg resipi eh.tp nk yg senang2 je.

    ReplyDelete
  14. syanaim: huhu..share je ape-ape resipi.. special-special.. i punya resipi ni simple yang teramat.haha.

    aLiN_aZa: owh yeke.. huhu.. tersampai jugak hajatnye eyh.. hihi. jangan lupa try! hehe

    missbutterfly: sini susah nak jumpa akok kedut yang sedapppp! asyik kena tipu memanjang.. huhu. kene kelik klate jugak hok sedapnye.. hehee..

    Mawar misswateva: haha.. cik mawar, tidakla pandai pun.. hihi... ni sebab suke makan kuih sagu ni.. share la.. hehe

    ReplyDelete
  15. sago!!! my fav =)
    boleh try nih. tq cik belle
    selamat berpuasa ya

    ReplyDelete
  16. cik belle telah membuat syaz nk mencari sagoo utk juadah berbuka puasa petang karang.. muahahahah.. :)

    ReplyDelete
  17. woow!! yummilicious... ni yg buat mak mentua sayang nih..

    ReplyDelete
  18. emmm bestnya.....resepi ni cam senang je...
    awak buat sy terliur la di bulan puasa...nak buatla petang ni..
    sagoo nak beli ktmana?hehehe

    jom tarawikh.

    ReplyDelete
  19. ooo.. camni ke nak wat die.. my asben suke! TQ bg resepi.. nak try laa..!! :)

    ReplyDelete
  20. cik belle!

    guest what..?? i dah cube resepi u ni.. mmg sgt beshh! tapi i ade ubah sket laa.. nak tgk hasilnye? kat sini ekk..

    http://lurvyu.blogspot.com/2010/10/sagoo-nangka.html

    TQ bg resepi! :)

    ReplyDelete