Wednesday, August 27, 2014

Let It Go by Aleescha

Aleescha oh Aleescha.
I miss u so much, kakak-to-be.
Pagi hari lagi ibu dah scroll down gambar dan video kakak-to-be.
Aleescha memang suka taking pictures and videos. 

Jadi, ibu nak letak sini la sikit. 
Hihi.

Let It Go by Aleescha.
Hihihi.

video


video

Ada sambungannya, tapi fail pulak nak upload.
Later la.

Sayang kakak!
xoxo.








Tuesday, August 26, 2014

Kisah pagi 26Ogos2014

Rentetan kisah semalam, di mana, seharian rasa sakit di bahagian lower abdomen, pagi-pagi lagi husband dah tanya, mana hospital bag yang nak bawak ke hospital... Dalam hati, kalau bagitau tak habis kemas lagi, mesti pagi hari dah kena bebel. Hihihi. Untuk elak mood pagi-pagi bertukar tak ceria, cepat-cepat tunjuk hospital bag yang tak siap kemas lagi sebenarnya.... Ngeeeeeee....

Tanpa soal, husband terus grab dan masukkan dalam kereta. Senyum.. Mungkin ada sedikit kerisauan di hatinya. Yela, semalam, bila kite text-ed him, cakap sakit kat bahagian bawah tu, husband suruh balik immediately, mintak rest kat rumah aje. Huuuuuu... Memang takkan lah. Syllabus bebudak ni, tak habis lagi ngajar. Dengan penilaiannya belum settle, hui, banyak kerja sangattttt. So, tenangkan hati dia, pagi je ada kelas, petang takde kelas, boleh rehat aje petangnya. Husband pun ok. Hihi.

Dear baby, jangan keluar lagi ya. Tunggu ibu habis kemas barang-barang, ok. Banyak lagi tak settle ngemas ni.. Enjoy banyak-banyak dalam mommy's womb, ok dear baby!


Moga cukup 40 minggu.
xoxo.


Monday, August 25, 2014

Menghitung hari.

Gian dah datang. Bukan manusia bernama Gian. Tapi, gian nak menulis. Macam menggigilnya jari nak menaip cerita kat sini. Hihihi. Macam masa sibuk-sibuk buat persiapan nak kawen dulu, hui, sanggup tido lewat, cari bahan nak menulis kat blog. More to preparation and wedding ideas. Ahhh, betapa cepat masa berlalu. Lebih 3 tahun sudah berkahwin.

Nak, nak time dah ada anak ni. Lagi la terasa cepat betul masa berlalu. Waktu rehat adalah bila berada di ofis atau bersama ayahnya. Hihihi. Selebihnya, masa untuk anak, masa untuk husband, masa untuk mengemas rumah, mendobi dan sewaktu dengannya la.

Apa cerita terlalu boring, nie?

Em, pagi-pagi dah ke klinik mengadap nurse. 38weeks++, bila-bila masa sahaja baby boleh keluar melihat dunia. Hari ni, rasa sakit di bahagian lower abdomen tu. Harapnya bukan la satu tanda nak bersalin hari ini. Ibu belom ready. Belom. Hospital belum habis kemas. Both bag ibu dan bag baby. Set berpantang belum beli lagi. Bengkung belum cari lagi. Batu tungku, entah di mana simpannya. Nak list out 1-by-1, hui, kecut plak perut rasa.

Pregnant kali ini, di akhir minggu pregnancy, seringkali terfikir dan bertanya pada diri sendiri dan husband,

"Macam mana ya tetiba I bersalin kat rumah? Abang tahu tak apa nak buat??"... 

"Macam mana kalau I sakit nak bersalin sengsorang kat rumah???" ...

"Kalau tiba-tiba sakit nak bersalin time driving to office, nak teruskan driving atau berhenti tepi jalan dan call someone yang terdekat dengan tempat kite sakit tu aje?""..

Pelbagai persoalan.
Kerisauan tu timbul.

Tapi, seringkali juga, suami akan katakan, "Taklah".
Mungkin hanya nak menutup rasa kerisauan di hati saya.

Hurmmmm. Keluhan panjang...


Semoga semuanya dipermudahkan.
Semoga semuanya baik-baik aje hendaknya.

xoxo.









Saturday, August 23, 2014

Lama tak jenguk.

Bila nurul haizum atau nurulism.com mula aktifkan blognya kembali, haish, buat rasa rindu pulak kat blog sendiri. Jadi, setelah beberapa bulan, tahun mungkin,  meninggalkan blog, hari ini, cuba buka blog. Cuba menulis kembali. Setiap kali buka blog dan cuba menulis kembali, mesti nak selit ayat motivasi pada diri sendiri, moga akan bertambah rajin mengupdate blog lepas ni. Tak boleh janji, tapi kemahuan tu masih ada.

Terasa betapa ruginya tak kongsi cerita kat blog personal ni. Banyak dah memori hanya tinggal memori tanpa diungkapkan dari segi gambar atau nukilan. Sigh. Harapnya, lepas ni mula akan bertambah rajin mengupdate blog. InshaAllah. Dengan izinNya.




Harapnya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Mohon maaf di atas segala kesalahan secara sedar atau tak, ok.

Kot ada yang terlupa, siapa empunya blog ni, meh kite tepek gambar owner blog. Hihihihi. Anak pun dah nak masuk dua. Doakan moga saya selamat bersalin hendaknya.

Keluaga kecil saya:
Kekasih sehingga nafas terakhir, my dear husband.
Nadi saya, Aleescha Sophea.
Dan saya, cik belle. Tihihihi.


Kesayangan.



Pengubat duka lara, penghilang penat lelah.




xoxo.
Sehingga jari bertugas kembali.




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014